PELAKON dan usahawan Datin Atikah Suhaimie menitipkan kata-kata semangat buat individu yang sedang berdepan ujian hidup meskipun sudah berusaha menjaga amal ibadat dengan sebaik mungkin.Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaimie, 35, berkata dia juga pernah berada di fasa tersebut, namun tetap positif dan percaya setiap kebaikan dilakukan pasti akan dibalas dengan ganjaran yang tidak disangka-sangka pada waktunya. "Tak lama lagi, awak akan dapat ganjaran. Dahulu saya pun fikir macam itu.Atikah sentiasa positif dengan setiap aturan yang ditetapkan. "Selepas itu sampai sekarang jaga solat, mengaji dan zikir. Alhamdulillah, Allah tak henti-henti bagi rezeki," katanya.Atikah berkongsi perkara itu bagi menjawab keluhan seorang individu di aplikasi Threads yang mempersoalkan ujiannya semakin berat selepas dia mula menjaga solat, mengaji dan berzikir.Menurut Atikah, rezeki itu tidak datang dengan serta-merta, sebaliknya ia hadir sedikit lewat sebagai salah satu bentuk ujian kesabaran buat hamba-Nya.ARTIKEL BERKAITAN: Ujian lepas kahwin memang wujud, amalan 100 kali istighfar lembutkan hati Atikah SuhaimeARTIKEL BERKAITAN: Bukan senang jaga, Atikah Suhaime dah faham alasan ibu letak hantaran tinggi untuk anak perempuan"Cuma kena sabarlah. Lambat sikit dapatnya. Tapi bila dah dapat, memang indah," ujarnya. Atikah turut berpandangan bahawa sikap istiqamah dalam melakukan ibadah pasti akan membuahkan hasil jika seseorang itu percaya kepada aturan Allah SWT.Hantaran tersebut mendapat reaksi positif daripada pengguna Threads yang rata-ratanya terinspirasi dengan perkongsian tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!