suria

Ujian lepas kahwin memang wujud, amalan 100 kali istighfar lembutkan hati Atikah Suhaime

Atikah (kanan) berkongsi ujian yang dihadapi dalam rumah tangga.

SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui ujian dalam perkahwinan sememangnya wujud dan tidak dapat dielakkan.

Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata dia mengalami perubatan emosi selepas bergelar isteri. 

Baginya sebelum berkahwin suami sering dianggap sebagai seorang yang sempurna, namun persepsi itu berubah sedikit demi sedikit selepas hidup bersama.

Perkongsian Atikah di Threads miliknya.

"Ujian selepas berkahwin memang wujud. Pelik juga sebelum kahwin, selalu rasa suami saya sempurna. 

"Selepas kahwin, banyak perkara yang suami buat mula rasa menjengkelkan. 

"Saya selalu amalkan istighfar 100 kali selepas Subuh. Kemudian, perlahan-lahan hati kembali lembut terhadap suami," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Mulan dah sempurna” - Atikah Suhaime tak rancang tambah anak

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime terharu suami hadiah sejambak wang tunai sempena hari jadi

Atikah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Sabtu. 

Dalam pada itu, Atikah memaklumkan dia tidak membiarkan emosi tersebut berlarutan, sebaliknya berusaha memperbaiki hubungan dengan mengamalkan amalan kerohanian.

Pelakon filem My Stupid Boss ini turut tertanya-tanya sama ada situasi yang dialaminya adalah sesuatu yang normal bagi wanita berkahwin atau mungkin berkait dengan perkara lain seperti penyakit ain. 

"Saya juga perasan setiap kali datang haid, mesti mula bergaduh dengan suami sebab tak solat dan tak berzikir.

"Bila habis haid, mula semula zikir dan solat, barulah rasa okay balik.

Atikah dan Lokman (kiri) sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

"Adakah ini normal atau ini yang orang panggil penyakit ain? Korang (netizen) pun macam ini juga atau macam mana?," ujarnya. 

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Lyla Mulan Teh yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain