KUMPULAN rock Amerika Syarikat Evanescence dikhabarkan bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur tidak lama lagi selepas kali terakhir berkunjung ke negara ini 14 tahun lalu.Spekulasi itu mula menjadi bualan dalam kalangan peminat selepas tular sebuah rakaman video memaparkan papan iklan yang mempamerkan huruf ‘E’ menyerupai logo rasmi kumpulan tersebut di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Iklan tersebut mencetuskan tanda tanya peminat sekali gus memberi bayangan kumpulan itu bakal meletakkan Malaysia dalam siri jelajahnya. Peminat tidak sabar menanti kehadiran Evanescence.Menjengah ke ruang media sosial, rata-rata peminat kumpulan yang cukup dikenali menerusi lagu Bring Me To Life itu meluahkan rasa tidak sabar untuk menantikan pengumuman rasmi daripada pihak penganjur."Weh! Biar betul dia nak dating ke Malaysia lagi? Serius tak percaya. "Weh seriuslah Evanescence?! Kalau betul mereka datang, aku janji akan berdiri paling depan."Memang gempak kalua dia datang Malaysia tahun ini. Aku nak botak," kata peminat di platform Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Evanescence Bakal Gegarkan KL LiveARTIKEL BERKAITAN: 'Evanescence' Teruja Dengan Konsert Malam IniBagaimanapun, setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi daripada mana-mana penganjur mengenai butiran terperinci atau tarikh jualan tiket kumpulan tersebut.Evanescence yang kini dianggotai oleh Amy Lee, Tim McCord, Will Hunt, Troy McLawhorn dan Emma Anzai sedang sibuk melunaskan siri jelajah Evanescence World Tour yang diumumkan pada hujung tahun lalu.Untuk rekod, band asal Arkansas ini pernah mengadakan konsert di Malaysia pada tahun 2012 bertempat di KL Live yang dihadiri lebih 3,000 penonton.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!