SELEPAS didakwa hadir ke mahkamah syariah baru-baru, suami kepada penyanyi Lia Aziz iaitu Arash Azimi tampil menjawab mengenai spekulasi rumah tangga mereka.Enggan terus berselindung, Arash atau Arash Azimi Anuar, 28, mengakui mereka sudah memfailkan perceraian dan urusan itu sedang berlangsung di mahkamah. Anggota kumpulan TreeHill ini bagaimanapun lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak terlalu berkongsi mengenai urusan tersebut. Arash mengaku masih sayangkan Lia. "Benar memang ada hadir ke mahkamah syariah. Saya serahkan kepada peguam untuk uruskan perkara ini. Saya ikut sahaja dan biarlah diselesaikan secara baik. "Memang ada pihak yang memfailkan cerai. Namun tidak perlulah jelaskan secara terperinci siapa yang failkan cerai," katanya kepada mStar. Arash ditemui ketika majlis Rumah Terbuka Next Level anjuran mStar, Suria FM dan Kuali yang diadakan di Saloma Kuala Lumpur pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa pergi mahkamah syariah... Lia Aziz mohon doa, katanya hanya keluarga tahuARTIKEL BERKAITAN: “Siapa yang tahu, tahulah!” - Lia Aziz tak peduli spekulasi rumah tangga, masih boleh duduk semeja dengan suamiMeskipun sedang berdepan kemelut rumah tangga, Arash menegaskan hubungannya dengan Lia masih dalam keadaan baik. "Status kami masih lagi suami isteri. Hubungan kami dalam keadaan baik dan masih berkomunikasi. "Kami juga masih menjalankan tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri," ujarnya. Sebagai suami, Arash memberitahu dia sudah berusaha mencari jalan terbaik dalam rumah tangga mereka. Arash dan Lia sah berkahwin pada Julai 2022. Malah dia turut mengakui masih menyayangi penyanyi lagu Kucu Kuca itu. "Untuk melepaskan rumah tangga kami, saya tak boleh nak cakap sekarang. Saya masih sayangkan isteri saya. "Semesti kami ada berbincang tentang apa yang berlaku ini. Sebagai suami saya akan buat sebaik mungkin untuk selamatkan rumah tangga," luahnya. Untuk rekod, Lia sah bergelar isteri kepada Arash pada 23 Julai 2022.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!