suria

Mengidam nak minum sabun pencuci pinggan, Intan Najuwa cukup ambil bau lemon

Intan kini sedang hamil anak kedua.

SEDANG hamil anak kedua, pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi dirinya mengidam sesuatu yang unik dan jarang dilalui ibu hamil lain.

Intan, 29, berkata dia pernah teringin untuk merasa pencuci pinggan berperisa lemon kerana tertarik dengan bau segar bahan tersebut.

“Mengidam nak makan pencuci pinggan perisa lemon sebab bau lemon yang segar sangat sampai rasa nak minum.

Intan kongsi mengidam yang pelbagai.

“Tapi masih selamat, belum pernah minum. Teringin, jadi ambil bau saja,” katanya menerusi Instastory.

Dia bagaimanapun tidak memperincikan keadaan tersebut dilalui semasa tempoh kehamilan ketika ini atau anak pertama dahulu.

Perkongsian itu dibuat selepas dia menjawab pertanyaan peminat mengenai pengalaman mengidam paling pelik sepanjang kehamilan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan layan orang gila di Threads itu” - Intan Najuwa lapor polis

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa akhirnya bersuara selepas tiga tahun, mahkamah arah Rizman Ruzaini bayar hutang RM1.3 juta sebelum 15 Januari ini

Tidak terhenti di situ, Intan turut mengakui dia sanggup menghabiskan masa berjam-jam di dalam bilik kasut kerana tertarik dengan baunya.

“Setiap jam kena cari bau kotak kasut baru atau kasut kulit. Memang setiap jam saya duduk dalam bilik kasut,” ujarnya.

Dalam masa sama, Intan berkata dia juga gemar mengunyah ais hampir sepanjang masa kerana menginginkan sesuatu yang rangup dan sejuk.

Intan bersama anak sulungnya.

“Kunyah ais 24 jam sebab nak benda rangup dan sejuk. Semuanya selamat, saya sudah buat pemeriksaan, tiada anemia atau kekurangan zat besi,” jelasnya.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf pada Ogos 2023.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada 15 Disember 2024.

Manakala pada Februari lalu, Intan berkongsi dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain