PENYANYI Liza Hanim membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Ameng Spring susulan salah faham yang berlaku antara mereka.Menerusi hantaran mesej Liza, 46, kepada vokalis kumpulan Spring itu, dia mengakui terikut perasaan malah bersedia untuk bertemu bagi menjernihkan keadaan. "Saya sekali lagi nak minta maaf, kesilapan saya yang terikut perasaan. Mak mak ini cepat emosi. Liza memohon maaf kepada Ameng dan isterinya secara peribadi."Saya sebagai adik, hormat abang (panggilan Ameng) berharap sebenarnya kalau dapat jumpa abang dan minta maaf secara berdepan. Tapi tak apa Liza faham abang marah," katanya.Perkara itu dikongsikan isteri Ameng iaitu Sabariah Zakariah menerusi tangkap layar yang dimuat naik di Instagram.Kata Liza lagi, dia juga berlapang dada dengan segala nasihat yang diberikan Ameng kepadanya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ameng cabar Liza Hanim buktikan kehebatan anak - “Dia nak tumpang glamor saya”ARTIKEL BERKAITAN: Liza Hanim sibuk kemas rumah, ramai tanya isu dengan Ameng"Tak ada niat apa-apa selain dari naluri seorang mak yang melatah. Memang silap saya. Saya dengar semua yang abang cakap dan Liza terima dengan rendah diri," luahnya.Sementara itu, Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, juga menerima permohonan maaf itu dengan hati terbuka malah berharap mendoakan buat Liza dan keluarganya."Saya tak marah tapi nasihat, jangan risau saya ini marah sekejap saja. Hiduplah seperti biasa. Semoga berjaya Liza dan keluarga," balasnya. Malah Liza juga dilihat memohon maaf secara peribadi kepada isteri Ameng dan disambut dengan baik.Liza selesaikan kemelut dengan tenang.Sebelum ini, Liza Hanim menerusi laman Instagram meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa seorang penyanyi senior memperlekehkan kemenangan anaknya dalam sebuah program realiti televisyen.Liza dalam satu temu bual bersama mStar bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang dimaksudkan itu.Tidak lama selepas itu, Ameng pula tampil menyelar tindakan rakan seperjuangannya itu yang disifatkan cuba menangguk di air yang keruh.Meskipun penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun Ameng berpandangan kenyataan yang dikeluarkan Liza itu dituju kepadanya dan merupakan satu cubaan untuk menumpang popularitinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!