suria

Liza Hanim sibuk kemas rumah, ramai tanya isu dengan Ameng

Isu melibatkan Liza dan Ameng semakin hangat.

TINDAKAN Ameng yang meluahkan rasa bengang terhadap penyanyi Liza Hanim mendapat reaksi wanita itu yang mengatakan sudah ramai pihak ingin mendapatkan kepastian daripadanya berhubung kekecohan itu.

Liza, 46, bagaimanapun berkata dia masih belum berkesempatan mengikuti perkembangan tersebut secara menyeluruh kerana sibuk dengan urusan peribadi.

"Saya pun tak pasti sebab sekarang saya tengah sibuk mengemas rumah, jadi macam ‘in and off’. Ramai sudah bertanya tapi saya rasa tunggu keadaan reda dahulu," katanya kepada mStar.

Liza dan anaknya Marsya pernah menjuarai Talk To My Manager musim pertama.

Dalam pada itu, Liza memberitahu dia sedang menunggu keadaan sedikit reda terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

"Saya belum nak komen apa-apa lagi, nanti kemudian bila sudah reda," ujarnya.

Sebelum ini, Liza Hanim menerusi laman Instagram meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa seorang penyanyi senior memperlekehkan kemenangan anaknya dalam sebuah program realiti televisyen baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ameng cabar Liza Hanim buktikan kehebatan anak - “Dia nak tumpang glamor saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan anak sekali lagi diperlekeh, Liza Hanim nasihat jaga mulut

Liza dalam satu temubual bersama mStar bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang dimaksudkan itu.

Tidak lama selepas itu, Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, pula tampil menyelar tindakan rakan seperjuangannya itu yang disifatkan cuba menangguk di air yang keruh.

Meskipun penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun Ameng berpandangan kenyataan yang dikeluarkan Liza itu dituju kepadanya dan merupakan satu cubaan untuk menumpang popularitinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain