ABANG kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Space Dollah kekal pendirian mengunci mulut mengenai tarikh perkahwinan adiknya bersama pelakon Bella Astillah.Space Dollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman berkata dia terpaksa menghormati permintaan adiknya yang mahu perkara tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan umum. "Tarikh tu saya tak boleh kongsikan. Dia jarang meminta tapi kali ini Saddiq sendiri minta saya bersumpah untuk tidak dedahkan sebab saya tak pandai jaga mulut dan suka berkongsi.Space Dollah teruja terima Bella sebagai keluarga."Mereka nak kekalkan perkara ini secara peribadi, jadi kita kena hormat. Tapi percayalah, ia akan berlangsung tidak lama lagi," katanya kepada mStar.Space Dollah berkongsi perkara itu ketika ditemui di Rumah Terbuka Next Level anjuran mStar, Kuali dan Suria FM di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada Rabu.Dalam pada itu, dia mengakui sudah tidak sabar menantikan hari bahagia adiknya selain turut terlibat secara kecil-kecilan dalam persiapan majlis berkenaan."Saya sangat teruja. Sebagai abang, melihat mereka jatuh cinta, bertunang dan saling mencintai itu sangat indah.ARTIKEL BERKAITAN: “Selamat datang ke keluarga!”… Space Dollah ‘terlepas cakap’, netizen dakwa Bella Astillah dan Syed Saddiq bakal bertunang?ARTIKEL BERKAITAN: Abang Syed Saddiq dakwa video ibu Aliff Aziz tutup wajah Bella Astillah sebagai strategi pemasaran"Cuma ada perkara tertentu yang saya tak boleh dedahkan," ujarnya.Sementara itu, Space Dollah berkata dia merancang memberikan kejutan istimewa buat pasangan tersebut sebagai hadiah perkahwinan.Malah katanya, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah mengesahkan kedatangan untuk menjayakan persembahan pada majlis berkenaan."Sebagai abang, kita nak beri sesuatu yang mereka akan ingat sampai bila-bila. Rasanya adik-beradik tak perlu beri hadiah.Space Dollah sudah sediakan hadiah buat Bella dan Syed Saddiq."Tapi mungkin saya akan panggil Siti menyanyi. Itu memang hadiah yang menarik dan sudah pun disahkan," kongsinya.Untuk rekod, hubungan rapat Syed Saddiq dan Bella, 32, mula menjadi perhatian sejak akhir 2024 apabila beberapa foto dan video mereka tular di media sosial serta mendapat perkongsian meluas dalam kalangan peminat.Kedua-duanya sebelum itu dilihat bekerjasama dalam kempen sebuah jenama, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai hubungan istimewa antara mereka.Selepas lama berteka teki, pasangan ini akhirnya mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!