suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keranda purba hangus dijilat api! Kebakaran hutan musnahkan kubur warisan… Bomba syak angkara ‘tangan ghaib’

Kebakaran hutan itu turut memusnahkan beberapa keranda di kawasan perkuburan berkenaan.

SATU kawasan perkuburan lama musnah di jilat api selepas kebakaran hutan merebak hingga ke tebing yang menempatkan keranda-keranda jenazah nenek moyang penduduk setempat.

Insiden mengejutkan di perkuburan batu tradisional di Toraja Utara, Sulawesi Selatan, Indonesia itu mula mendapat perhatian meluas selepas rakaman video memaparkan api marak di kawasan kubur warisan tersebut tular di media sosial pada Isnin.

Menurut laporan, bencana kebakaran itu bermula dari kawasan hutan berhampiran sebelum marak meluas ke arah tebing batu yang menempatkan makam-makam tradisional berkenaan.

Kawasan perkuburan tradisional yang terbakar akibat kebakaran hutan tersebut.

Kebakaran dilaporkan berlaku secara berterusan bermula Jumaat, 23 Oktober lalu.

Akibat maraknya api yang membakar tebing kubur purba itu, beberapa buah keranda jenazah lebur musnah dijilat api.

Ketua Unit Penguatkuasaan Peraturan Daerah serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Toraja Utara, Riantho Yusuf Sangkelo, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan insiden itu dicetuskan secara sengaja oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, kemungkinan itu timbul selepas penduduk mendakwa melihat seorang individu mencetuskan kebakaran berhampiran lokasi kejadian.

Penduduk dilaporkan cuba mengejar individu berkenaan, namun usaha itu tidak berhasil dan identitinya masih belum diketahui.

Artikel Lain