Ramai yang salah faham mengenai hak milik perabot dan barangan perhiasan dalam rumah lelong. -Gambar hiasan AI
KEHILANGAN rumah akibat masalah kewangan pastinya menjadi pengalaman pahit, apatah lagi apabila kediaman yang pernah menjadi tempat berteduh lengkap dengan pelbagai barangan mewah dan kenangan indah.Cuba mendapatkan semula perabot, peralatan dapur dan perhiasan rumah, wanita ini bagaimanapun terkejut apabila setiap barangan yang telah dibuka serta disusun dalam kotak digunakan pemilik baharu kediaman berkenaan. Lebih menyedihkan apabila usaha untuk mendapatkan semula barangan yang dikumpul bertahun-tahun itu menjadi sukar sehingga perlu melibatkan perintah mahkamah.Berkongsi situasi yang berlaku, ujar pengadu, rumahnya dilelong pada tahun lalu ketika dia berdepan masalah kewangan yang serius.Budi bicara sangat penting bagi mendapatkan penyelesaian yang tuntas. -Gambar hiasan AI"Rumah saya kena lelong tahun lepas. Satu rumah barang-barang saya masih ada dalam tu. Masa tu memang kewangan teruk."Dah bungkus bubble wrap segala, tinggal nak bawa keluar saja. Saya pula pindah masuk apartmen," luahnya di Threads.Perubahan keadaan rumah menyebabkan dia mengambil masa untuk mengeluarkan barang ketika mengetahui rumah tersebut akan dilelong.Tambahan pula, ketika itu dia dimaklumkan oleh seorang pegawai bank bahawa barangan tersebut boleh diambil semula selepas rumah berkenaan berjaya dilelong.Seorang wanita berdepan pengalaman pahit apabila rumahnya dilelong akibat masalah kewangan pada tahun lalu.Wanita itu mendakwa pemilik baharu rumah berkenaan menggunakan barangan peribadi dan kelengkapan rumah yang belum sempat dipindahkan.Pemilik baharu didakwa enggan memulangkan barangan tersebut kerana menganggap semuanya termasuk dalam pembelian rumah lelong.Usaha mendapatkan semula barangan menemui jalan buntu apabila sebahagiannya dipulangkan dalam keadaan rosak atau tidak lengkap.Wanita itu mendapatkan bantuan guaman dan meneruskan tuntutan undang-undang, manakala kisahnya mengundang pelbagai reaksi netizen.Ringkasan ini dijana oleh AINamun, apabila kembali ke rumah itu kira-kira dua hingga tiga bulan kemudian untuk mengambil barangan secara berperingkat, dia terkejut mendapati kediaman tersebut sudah mempunyai pemilik baharu.Lebih mengecewakan, pemilik baharu didakwa membuka bungkusan barangan keluarganya dan menggunakannya, termasuk kelengkapan rumah serta barangan peribadi anak-anak."Bergasak-gasak tak nak pulangkan. Kata dia beli rumah tu dengan barang dalam sekali, rumah tu bukan disita."Aku nampak dalam rumah tu yang mereka dah buka bungkusan barang-barang dan guna, siap suruh bagi senarai barang aku pula," tambahnya yang merupakan seorang ibu tunggal.ARTIKEL BERKAITAN: Sisi gelap beli rumah lelong, wanita ‘terduduk’ pemilik asal cabut lari tak bayar bil utiliti ratusan ringgitARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil nekad pindah ke rumah lelong tak siap renovasi! Penat ulang alik pergi kerja, hantar 3 anak ke sekolahDia yang buntu dengan pertikaian berkenaan mula mendapatkan bantuan guaman.Namun malangnya, barang yang diserahkan semula tidak seperti yang diharapkan selain terdapat bungkusan yang diisi dengan perkakas yang bukan miliknya."Isteri pemilik baharu rumah tu siap cakap yang televisyen besar adalah milik dia, aku pula kebetulan ada resit dan gambar hampir kesemua barangan dalam rumah tu."Aku sampai pergi sekolah isteri dia mengadu pada guru besar, tapi dia tetap degil walaupun dah dinasihatkan," jelasnya yang turut mendapatkan campur tangan pembatu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat.Mengemas rumah untuk proses pindah rumah bukanlah tugas mudah, terutama bagi ibu tunggal. -Gambar hiasan AITambahnya lagi, ketika ini proses tuntutan menerusi peguam diteruskan dengan notis kedua yang diserahkan pada pihak terbabit.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya beranggapan bahawa barangan yang terdapat dalam rumah tersebut adalah hak pemilik baharu.Namun tidak kurang juga yang menyatakan kedua-dua pihak perlu ada budi bicara yang baik."Pertama kali jumpa orang bodoh yang tak reti bezakan rumah lelong dengan disita."Macam manalah dia boleh rasa selesa ada barang orang lain? Apabila beli rumah sendiri, mestilah nak ada barang-barang sendiri," demikian reaksi netizen.