PENAMPILAN anggota kumpulan BLACKPINK, Lisa menjadi perhatian netizen apabila timbul dakwaan penyanyi itu melakukan pembedahan hidung.Menurut laporan Koreaboo, dakwaan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang mempersoalkan perubahan pada wajah penyanyi kelahiran Thailand itu. Perkongsian berkenaan bukan sahaja menarik perhatian peminat yang teruja melihat Lisa, malah turut mengundang kritikan daripada segelintir netizen yang mendakwa bentuk hidung penyanyi itu kelihatan berbeza.Netizen membandingkan wajah Lisa dahulu dan sekarang.Malah, ada yang berpendapat Lisa sepatutnya berhenti melakukan prosedur kecantikan susulan perubahan yang didakwa berlaku pada bahagian hidungnya.“Dia benar-benar perlu berhenti melakukan pembedahan hidung.ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan terbaharu Lisa Blackpink cetus spekulasi, peminat ‘back up’ tuduhan buat pembedahan payudaraARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Lisa Blackpink, Frederic Arnault didakwa sudah berakhir“Ini memang keterlaluan. Mengapa dia sanggup berbuat demikian terhadap hidungnya?” tulis netizen.Sebelum ini, Lisa menghadiri sebuah acara khas bersama peminat dan salah seorang daripada mereka berkongsi momen ketika berpeluang berinteraksi dengan penyanyi berkenaan.Bagaimanapun, perkongsian itu mencuri perhatian apabila segelintir netizen mendakwa penampilan Lisa kelihatan berbeza, khususnya pada bahagian hidung.