suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Lisa Blackpink, Frederic Arnault didakwa sudah berakhir

Lisa dan Frederic didakwa sudah putus cinta.

LEBIH dua tahun bercinta, hubungan romantik antara anggota kumpulan Blackpink, Lisa dan usahawan Frederic Arnault dikatakan sudah berakhir. 

Khabar angin mengenai keretakan hubungan mereka mula menjadi bualan selepas sebuah majalah antarabangsa terkemuka seolah-olah memberikan bayangan status terkini bintang K-Pop tersebut.

Menerusi artikel yang diterbitkan majalah Vanity Fair, penulis mendedahkan bahawa pihak pengurusan Lisa sangat tegas dalam menjaga privasi artis mereka sehingga diberi amaran untuk tidak bertanyakan soalan sensitif.

Pasangan ini tidak pernah mengumumkan mereka sedang bercinta. 

Biarpun Lisa sendiri mengambil pendekatan mengunci mulut, majalah tersebut mendakwa hubungan cinta yang diperkatakan sebelum ini sebenarnya sudah pun terlerai.

"Lisa tidak akan membincangkan kehidupan peribadinya dalam temu bual, sehingga wakil publisitinya memberi amaran kepada saya sebanyak dua kali supaya tidak menyentuh perkara itu. Memang benar, Manobal (nama sebenar Lisa) tidak mengulas mengenainya.

"Dia dikaitkan dengan Frederic Arnault sejak pertengahan 2023, walaupun dia tidak pernah bercakap mengenainya dalam mana-mana temu bual. Namun, hubungan mereka kini dipercayai telah berakhir," dedah artikel tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan terbaharu Lisa Blackpink cetus spekulasi, peminat ‘back up’ tuduhan buat pembedahan payudara

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink teruja makan nasi goreng di Jakarta, siap pesan dua hari berturut-turut

Selain pendedahan daripada majalah berkenaan, peminat juga sudah lama menghidu perubahan dalam hubungan mereka apabila menyedari ketiadaan lelaki itu pada sambutan hari lahir Lisa.

Untuk rekod, sejak tahun 2023, Lisa dan Frederic sering kali dirakam menghabiskan masa bersama di beberapa lokasi seluruh dunia termasuk menghadiri acara-acara mewah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Artikel Lain