suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Madonna alami masalah lutut kerana kerap menari

Madonna kini alami masalah sakit lutut.

PENYANYI Madonna mendedahkan dia kini berdepan masalah lutut yang serius selepas menjalani gaya hidup yang aktif sebagai penghibur.

Dalam temu bual bersama Interview Magazine, Madonna berkata dia telah kehilangan tulang rawan pada salah satu lututnya, sekali gus menjejaskan pergerakan harian dan tahap kecergasannya.

Menurutnya, keadaan itu berpunca daripada rutin yang diamalkan selama beberapa dekad, termasuk menari dengan kasut tumit tinggi, berlari di atas permukaan berturap serta melakukan pelbagai aktiviti kecergasan seperti yoga. 

ARTIKEL BERKAITAN: Terjatuh dari kerusi diseret penari, netizen minta Madonna bersara 

 
“Lutut saya kini bermasalah. Saya sudah tidak mempunyai tulang rawan di dalamnya.

“Saya melakukan banyak perkara yang menurut doktor memberi tekanan kepada sendi.

“Tetapi sekarang saya tidak lagi mampu melakukan semua itu,” katanya.

Bintang pop legenda ini terpaksa menangguhkan beberapa konsert kerana masalah lutut sebelum ini. 
 

Sebelum ini, masalah lutut yang dialaminya pernah mendapat perhatian ramai apabila beberapa persembahannya terpaksa ditangguhkan.

Pada Oktober 2019, Madonna menunda satu persembahan dalam siri jelajah Madame X Tour yang dijadualkan berlangsung di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat.

Sebulan kemudian, penyanyi itu sekali lagi terpaksa membatalkan tiga persembahan lain selepas menerima nasihat daripada doktor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain