suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bear pewaris tunggal harta Liam Payne berjumlah RM120 juta

Anak Liam bakal bergelar jutawan apabila mencapai usia 18 tahun.

ANAK tunggal mendiang Liam Payne iaitu Bear Grey dilaporkan menjadi pewaris tunggal keseluruhan harta penyanyi itu yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM120 juta.

Laporan PEOPLE menyebut, nilai tersebut merangkumi jumlah aset dan wang simpanan yang dimiliki Liam sepanjang hayatnya.

Bear yang kini berusia sembilan tahun dinamakan sebagai pewaris tunggal dan boleh menggunakan wang tersebut sepenuhnya apabila mencapai usia 18 tahun.

Liam meninggal dunia akibat terjatuh dari balkoni sebuah hotel. 

Bagaimanapun, sebahagian wang berkenaan boleh digunakan jika perlu dengan pengawasan peguam.

Bear merupakan anak Liam hasil hubungan cintanya dengan bekas kekasih, penyanyi Cheryl.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota One Direction Liam Payne maut, ditemukan terjatuh dari balkoni hotel 

ARTIKEL BERKAITAN: Polis jumpa ubat anti epilepsi dan serangan panik dalam bilik hotel Liam Payne

Liam dan Cheryl mula bercinta pada 2015, namun memilih untuk berpisah tiga tahun kemudian.

Dokumen mahkamah turut menamakan Cheryl dan seorang peguam sebagai pentadbir ke atas seluruh harta peninggalan Liam.

Untuk rekod, Liam ditemukan maut selepas terjatuh dari balkoni bilik hotel di tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina pada Oktober 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain