PELAKON dan penyanyi Oh Yeon Seo berkongsi alasan dia masih belum berkahwin meskipun sudah mencecah usia 39 tahun disebabkan rutin kehidupannya.Menurut Yeon Seo, gaya hidup dan aktiviti hariannya menyebabkan dia sukar untuk bertemu teman lelaki baharu. Pelakon itu bagaimanapun menegaskan dia tidak menolak untuk berkahwin jika bertemu lelaki yang terbaik.Yeon Seo lebih gemar menghabiskan masa lapang di rumah. "Bukannya saya tidak mahu, tetapi saya tidak boleh berkahwin."Saya seorang yang suka duduk di rumah, tidak ada peluang untuk berjumpa sesiapa. Saya juga tidak berkesempatan untuk berkenalan dengan lelaki lain," katanya dalam temu bual sebuah program.ARTIKEL BEKAITAN: Sana Twice tak sedar bahagian depan pakaian terdedah ARTIKEL BERKAITAN: BTS tawar 7 kerja kosongYeon Seo turut mendedahkan ciri-ciri pasangan pilihannya ialah lelaki yang baik dan memiliki personaliti yang menghiburkan.Dalam temu bual sama, pelakon itu turut memberitahu ibu bapanya kini tidak lagi bertanya atau mendesaknya mengenai soal jodoh."Mereka dah berhenti bertanya tentang hal berkahwin," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!