PELAKON Davina Karamoy mendedahkan dia turut menjadi mangsa dalam kes penipuan melibatkan agensi pelancongan Hanania Group yang kini disiasat pihak berkuasa.Menurut peguamnya, Yulius Irawansyah, Davina bersama ibunya telah mendaftar untuk pakej Haji Plus dan membayar wang pendahuluan sebanyak AS$10,000 (kira-kira RM43,000) bagi mendapatkan kuota keberangkatan. Katanya, pembayaran tersebut dibuat beberapa tahun lebih awal kerana tempoh menunggu untuk program haji khas boleh mencecah antara lima hingga tujuh tahun.Davinamenjadi mangsa kes penipuan pakej haji."Anak guam saya dan ibunya sudah mendaftar haji di Hanania serta membayar wang pendahuluan. Dalam keadaan sekarang, mereka juga adalah mangsa," katanya.Dalam pada itu, Davina turut mengesahkan jumlah bayaran yang telah dibuat itu adalah bagi dua orang jemaah.ARTIKEL BERKAITAN:Davina Karamoy didakwa hangat bercinta dengan pemuzik, foto berpelukan jadi tumpuanARTIKEL BERKAITAN:Rezeki Davina Karamoy semakin bertambah selepas bawa watak ‘pelakor’"Untuk dua orang, saya dan mama," katanya ringkas.Meskipun mengalami kerugian kewangan yang besar, pihak Davina masih belum berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang secara berasingan atau membuat laporan terhadap Hanania berhubung kehilangan dana haji tersebut.Sebaliknya, fokus utama mereka ketika ini adalah untuk menyelamatkan wang pendahuluan yang telah dibayar supaya kuota haji itu dapat dipindahkan ke syarikat pelancongan lain yang lebih selamat dan dipercayai.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!