VOKALIS kumpulan Kotak, Tantri, mendakwa menjadi mangsa penipuan dipercayai dilakukan oleh teman rapatnya sehingga menyebabkan kerugian mencecah kira-kira RM2.9 juta (Rp10 bilion).Menurut Tantri atau nama penuhnya Tantri Syalindri Ichlasari, 37, tindakan individu berkenaan bukan sahaja menjejaskan dirinya malah turut menyebabkan ramai mangsa lain mengalami kerugian besar. Lebih mengecewakan, individu tersebut didakwa gagal dihubungi dan menghilangkan diri sejak beberapa hari lalu.Tantri kecewa ditipu rakan sendiri."Saya sedang berdepan situasi ditipu oleh rakan sendiri. Sudah lebih 72 jam dia menghilangkan diri tanpa sebarang usaha untuk bertemu atau menyelesaikan perkara ini," katanya seperti dipetik portal Detik Hot.Malah dia juga bertindak mendedahkan identiti individu menerusi media sosial selepas usaha menghubunginya menemui jalan buntu.Dalam pada itu, Tantri memaklumkan dia masih belum membuat laporan polis kerana mahu memberi peluang kepada individu terbabit tampil dan menyelesaikan isu berkenaan secara baik.ARTIKEL BERKAITAN: Kotak Lebih Matang Diusia 9 TahunARTIKEL BERKAITAN: Kotak tak boleh nyanyi 13 buah lagu, bakal berdepan saman jika masih degil"Mangsa dan bukti sudah dikumpulkan, namun saya masih berharap perkara ini dapat diselesaikan sebelum dibawa ke saluran undang-undang," ujarnya.Tantri turut mendakwa terdapat mangsa yang menggunakan wang simpanan untuk rawatan kanser selain dana pendidikan anak-anak bagi menyertai pelaburan yang ditawarkan oleh individu berkenaan.Kecewa dengan apa yang berlaku, Tantari berkata dia tidak menyangka individu yang dianggap sebagai sahabat sanggup mengkhianati kepercayaan serta mengambil kesempatan terhadap dirinya dan mangsa lain.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!