suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Netizen hidu Taylor Swift, Travis Kelce kahwin secara rahsia

Peminat nantikan khabar gembira Taylor Swift dan Travis Kelce.

SPEKULASI mengenai pasangan selebriti Taylor Swift dan Travis Kelce kembali hangat apabila timbul dakwaan pasangan itu  sudah pun berkahwin secara rahsia.

Khabar angin itu mula bertebaran selepas beberapa perubahan mencurigakan dilihat di sekitar kediaman Taylor di Rhode Island, Amerika Syarikat.

Antara yang menjadi perbincangan hangat adalah kemunculan sebuah khemah putih besar berhampiran rumah tepi laut milik penyanyi berkenaan.

Sekitar rumah Taylor yang menjadi tumpuan ramai.

Menurut rakaman yang diperoleh oleh TMZ, terdapat aktiviti penghantaran peralatan dan papan kayu ke lokasi tersebut, sekali gus mencetuskan pelbagai andaian.

Peminat setia Taylor Swift atau ‘Swifties’ mula membuat pelbagai spekulasi sekali gus menganggap ia persiapan untuk majlis perkahwinan secara tertutup dan eksklusif.

Tidak kurang juga yang berpendapat ia mungkin sekadar parti biasa atau acara keluarga yang dirahsiakan daripada umum.

ARTIKEL BERKAITAN:  Khabar angin majlis kahwin Taylor Swift di New York, tetamu dikawal ketat masuk guna bas khas

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift kekal ungguli senarai billionaire, nilai kekayaan cecah RM9.4 bilion

Menguatkan lagi spekulasi, terdapat dakwaan rakan rapat pasangan itu seperti Selena Gomez dan Gigi Hadid terlibat dalam persiapan video khas untuk acara berkenaan.

Walaupun begitu, sehingga kini tiada pengesahan rasmi daripada Taylor  mahupun Travis  mengenai status hubungan atau sebarang majlis perkahwinan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Taylor Swift, Travis Kelce, Swifties

Artikel Lain