PENYANYI Ailee tampil memberi penjelasan susulan tular video serta gambar yang mendakwa dia kini sedang hamil.Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh A27 Entertainment, pihaknya menegaskan Ailee sendiri akan berkongsi khabar gembira sekiranya dia berbadan dua. "Ailee belum hamil buat masa sekarang. Apabila ada khabar gembira nanti, dia akan kongsikan sendiri," jelas pihak berkenaan dalam satu kenyataan ringkas.Ailee terbuka kongsi khabar gembira sekiranya dia hamil. Spekulasi mula timbul ketika Ailee tampil membuat persembahan di sebuah festival dengan memakai baju longgar yang tidak seperti kebiasaannya.Ramai yang menyangka dia sengaja menutup bahagian perut agar 'baby bump' tidak kelihatan.ARTIKEL BERKAITAN: Reda rawatan IVF gagal, suami hadiahkan Ailee beg tangan mewah berharga RM41,000 ARTIKEL BERKAITAN: Ailee sedia bergelar ibu, mulakan langkah jalani rawatan IVFMalah, beberapa gerakan penyanyi itu yang sering memegang perut menguatkan lagi dakwaan bahawa dia kini sedang hamil.Untuk rekod, Ailee berkahwin dengan Choi Si Hoon pada April 2025 dalam sebuah majlis tertutup di daerah Gangnam, Korea Selatan.Sebelum ini, pasangan tersebut memaklumkan mereka bersedia untuk menimang cahaya mata dan Ailee sendiri telah memulakan rawatan persenyawaan in vitro (IVF).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!