suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rizky Billar buat laporan polis, tuntut hukuman berat terhadap penyebar fitnah

Rizky buat laporan polis demi pertahankan namanya.

PELAKON Rizky Billar membuat laporan polis susulan timbul dakwaan dia berlaku curang dan menjalinkan hubungan dengan penyanyi Asila Maisa. 

Laporan tersebut dibuat terhadap beberapa pengendali akaun media sosial yang sebelum ini menyebarkan berita palsu berkaitan isu berkenaan sehingga menjejaskan nama baiknya. 

Wakil peguam kepada pelakon ini memaklumkan pihak mereka juga telah menganal pasti enam pengendali akaun dari tiga platform berbeza yang melakukan tidak sebegitu. 

Rizky menafikan dakwaan rumah tangga dengan Lesti bermasalah. 

"Perkongsian yang beredar sekarang ini menyebut Rizky ada hubungan istimewa dan memiliki anak luar nikah. Ia juga menyebut Rizky mahu menceraikan isterinya (penyanyi Lesti Kejora)," jelas wakil peguam. 

Difahamkan isu berkenaan juga memberi kesan besar kepada Rizky termasuk menjejaskan pendapatannya sebagai seorang selebriti. 

Malah laporan yang dibuat juga menuntut tindakan tegas terhadap pelaku atas dakwaan penyebaran fitnah. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah berapa hari tak gosok?” - Peminat loya gigi kuning Rizky Billar 

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar naik angin, tak puas hati netizen gelar Abang L ‘anak kaki pukul’

Wakil peguam juga memberitahu setiap perkongsian di media sosial mempunyai motif sama iaitu mengaut keuntungan dengan pautan jualan berdasarkan kisah tidak benar tentang Rizky. 

Setiap cerita yang dikongsi membuat pendedahan kononnya rumah tangga Rizky dan Lesti kini berdepan masalah susulan pelakon itu berlaku curang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain