suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rizky Billar naik angin, tak puas hati netizen gelar Abang L ‘anak kaki pukul’

Abang L menjadi sasaran kecaman netizen di media sosial.

GARA-GARA kontroversi Rizky Billar didakwa memukul isteri pada tahun 2022, anak lelaki pelakon itu iaitu Muhammad Levian Alfatih Billar turut menerima tempias.

Kata Rizky atau Muhammad Rizky, 25, dia kesal apabila anaknya turut menjadi sasaran netizen sehingga digelar 'anak kaki pukul'.

"Sangat mengerikan melihat komen negatif netizen di media sosial.

Rizky Billar kesal anaknya dikecam hebat netizen.

Marah dan kesal netizen tuduh anaknya

"Mereka hanya berani komen di internet, sedangkan yang mereka kritik adalah anak kecil," katanya.

Pelakon itu meluahkan rasa tidak puas hati itu menerusi satu rakaman video di YouTube dan menyifatkan kata-kata netizen itu sudah melampaui batas.

Dalam pada itu, Rizky juga meminta supaya netizen menunjukkan bukti bahawa dia seorang kaki pukul dan berhenti daripada terus menghentam cahaya matanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN : Rizky Billar naik angin, bengang abang ipar dituduh menganggur dan menumpang rumah Lesti Kejora

ARTIKEL BERKAITAN: Terfikir tambah cahaya mata... Lesti dan Rizky Billar tukar nama anak pertama elak cemburu

"Siapa yang cakap anak saya ni 'kaki pukul'? Tunjukkan video kalau ada.

"Jangan sembarangan menilai orang hanya daripada berita tertentu," katanya.

Isu ini mula menjadi bualan setelah anaknya itu yang dikenali sebagai Abang L tercalon dalam sebuah anugerah televisyen bagi kategori 'Gorgeous Baby'.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain