suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak-anak Shuib kena tempias kontroversi... Watie tersenyum bangga dengar jawapan Thalita dan Matin

Watie dan anak-anak kerap berkongsi kisah sebelum tidur.

KONTROVERSI yang melanda Shuib turut memberi kesan kepada anak-anak apabila isterinya, Watie Hanifiah mendedahkan Thalita dan Matin menerima pertanyaan daripada guru dan rakan-rakan mengenai keadaan ibu bapa mereka.

Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkata perkara itu membuatkan dia terharu apabila dua remaja itu berkongsi cerita mengenai kebimbangan orang sekeliling terhadap mereka sekeluarga susulan kontroversi berkenaan.

"Cerita semalam, moga kita sama-sama jadikan pengajaran. Rutin sebelum tidur, semua akan berkumpul di katil bilik Mummy dan Daddy. Akan ada cerita setiap seorang untuk dikongsi bersama setiap hari.

Watie terharu dengan sikap anak-anak.

"Thalita dan Matin beritahu, hari ini cikgu bertanya kepada mereka sama ada ayah dan ibu mereka baik-baik sahaja.

"Ada juga kawan-kawan yang bertanya, betul ke Mummy dan Daddy ada hubungan ketika ibu masih hidup lagi?" kongsinya menerusi satu hantaran di Threads.

Watie bagaimanapun berkata dia tersentuh apabila anak-anaknya bukan sahaja memahami situasi yang berlaku, malah turut memberikan pandangan matang mengenai kepentingan menjaga tutur kata dan tidak mudah mempercayai sesuatu perkara di media sosial.

Malah dia mengakui tersenyum mendengar jawapan yang diberikan anak-anak sehingga membuatkan dia berasa bangga dan bersyukur.

ARTIKEL BERKAITAN: Watie jawab dakwaan jalin ‘hubungan sulit‘ dengan Shuib ketika Siti Sarah masih hidup

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak perlu jadi manusia paling tahu cerita“ - Kawan Watie dedah audio dalam video tular suaranya bukan Shuib

"Mummy tersenyum dalam kesedihan sebab jawapan yang anak-anak Mummy bagi. Betul-betul buat Mummy rasa bangga dan bersyukur punya anak sebegini.

"Tata cakap dengan mereka, sebenarnya ini bukan ujian Mummy dan Daddy seorang, tetapi pengajaran untuk kita juga supaya kita semua kena jaga mulut, jaga penulisan dan jangan pernah bercakap tentang orang yang mungkin akan menjadi fitnah.

"Matin pula berkata selepas ini, jika terbaca sesuatu di media sosial, jangan terus percaya dan menuduh kerana perkara itu berlaku dalam keluarganya sendiri," kongsinya.

Betul-betul buat Mummy rasa bangga dan bersyukur punya anak sebegini.

WATIE 

ISTERI SHUIB

Dalam pada itu, Watie turut mengucapkan terima kasih kepada anak-anak kerana memberikan kekuatan kepada dirinya dan Shuib ketika mereka berdepan dengan pelbagai kata-kata serta pandangan orang ramai.

"Terima kasih anak-anak, di waktu dan ketika ini tiada apa yang lebih penting dalam dunia ini selain dari kekuatan, pandangan dan pertahankan dari kata-kata yang datang dari anak-anak Mummy dan Daddy," ujarnya.

Sebelum ini, Watie tampil menjawab dakwaan netizen yang mengaitkan dirinya menjalikan hubungan dengan Shuib ketika Allahyarham Siti Sarah Raissuddin masih hidup.

Anak-anak sentiasa memihak kepada Shuib dan Watie.

Dia bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sekali gus memuat naik bukti bahawa suara lelaki dalam video yang kembali tular itu bukanlah Shuib.

Menerusi pendedahan tersebut, Watie turut memuat naik foto dirinya bersama seorang lelaki dikenali sebagai Badrol, selain berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp dengan seorang individu yang pernah bertanyakan kesahihan suara berkenaan.

 

 

 

Artikel Lain