SEORANG lelaki dikenali sebagai Badrol Hanapi tampil memberikan penjelasan berhubung isu suara lelaki dalam video tular membabitkan isteri pelawak Shuib iaitu Watie dengan kontroversi hubungan sulit pada 2019.Tegas Badrol, suara lelaki dalam video itu adalah miliknya, sekali gus dia berharap netizen menghentikan segala andaian yang boleh merosakkan rumah tangga Watie dan Shuib. "Kepada netizen, kalau saya nak jelaskan satu persatu, sampai kiamat pun belum tentu habis. Saya tahu apa yang saya lalui dan saya tak perlu memuaskan hati semua orang untuk percaya.Pendedahan yang dibuat oleh Badrol mengenai isu video golf yang tular."Demi Allah itu memang suara saya, tetapi janganlah kerana satu perkara kita rasa berhak menghukum seluruh kehidupan orang lain. "Tuan-tuan dan puan-puan, mereka sudah berkahwin, hormatilah rumah tangga mereka," katanya menerusi hantaran di Threads pada Ahad.Jelas Badrol, dia sememangnya mempunyai hubungan baik dengan Watie sejak dahulu, malah isterinya juga sering meluangkan masa bersama isteri pelawak berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Watie jawab dakwaan jalin ‘hubungan sulit‘ dengan Shuib ketika Siti Sarah masih hidupARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuib pilih berdiam diri hadapi kecaman netizen... “Allah tahu segalanya“Menurutnya, mereka pernah bermain golf bersama, malah pada ketika itu dia sendiri belum mengenali Shuib secara peribadi."Cukuplah berbuat dosa, cukuplah sibuk menjaga aib orang sampai terlupa aib sendiri. Watie dari dulu baik dengan saya dan isteri."Kami pernah bermain golf bersama, santai-santai malah isteri saya sendiri ada ketika itu.Antara bukti yang menunjukkan Watie bermain golf bersama Badrol dan rakan-rakan."Masa tersebut, Shuib belum kenal lagi apa itu golf, malah saya sendiri belum mengenalinya. Tapi itulah manusia, bila cerita mula tersebar, masing-masing pandai menambah perisa," kongsinya.Dalam pada itu, Badrol turut menasihati orang ramai agar tidak terlalu sibuk mencari kesalahan dan membuka aib orang lain sehingga terlupa menjaga diri sendiri."Jangan terlalu seronok membuka cerita orang sampai kita lupa bahawa setiap kata-kata juga akan dipersoalkan di hadapan Allah.Watie berkongsi tangkap layar dengan kenalannya."Tak perlu jadi manusia paling tahu cerita orang, cukuplah jadi manusia yang takut akan dosa sendiri," ujarnya.Sebelum ini, Watie menerusi hantaran di Threads tampil menjawab dakwaan netizen yang mengaitkan dirinya dengan Shuib ketika Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin, masih hidup.Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, menafikan dakwaan bahawa suara lelaki dalam video yang kembali tular itu adalah milik Shuib.Menerusi pendedahan tersebut, Watie turut memuat naik foto dirinya bersama Badrol selain berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp dengan seorang individu yang pernah bertanyakan kesahihan suara berkenaan.