PELAKON Mierul Aiman menepis dakwaan dia meletakkan kadar bayaran tidak masuk akal mencecah RM100,000 untuk membintangi sebuah filem seperti didedahkan oleh Nam Ron sebelum ini.Mierul atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 28, menegaskan dia tidak pernah mencampuri urusan berkaitan bayaran. Sebaliknya, kata Mierul dia menyerahkan hal itu kepada pihak pengurusan sepenuhnya yang lebih arif tentang perkara tersebut. "Saya percaya yang semua orang mempunyai pendapat sendiri, mempunyai andaian, tanggapan sendiri dan tanggapan itu saya. Saya rasa adil saja untuk mereka menganggap apa sahaja yang mereka inginkan, mereka rasakan. “Tetapi bagi bahagian saya, misi utama adalah menjayakan sesebuah naskhah. Bahagian perniagaan serta keusahawanan pula saya serahkan kepada pengurusan.Mierul terima sahaja setiap andaian yang ditujukan kepadanya. “Saya bersama pihak pengurusan sejak hari pertama berada dalam industri dan saya percaya mereka mempunyai kepakaran yang lebih berkualiti serta tepat untuk berbincang tentang soal harga, penyusunan jadual dan perniagaan,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada sidang media Top 5 Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 di Finas, Petaling Jaya pada Sabtu.Mierul turut menyifatkan sebarang proses saringan yang dibuat pihak produksi atau pengarah dalam menetapkan kriteria pelakon berdasarkan bajet adalah perkara wajar dan adil bagi kedua-dua belah pihak."Saya rasa adil kepada pihak-pihak tertentu untuk menapis pelakon-pelakon yang sudah dibentangkan ataupun yang sudah di dalam senarai. ARTIKEL BERKAITAN: Aktor muda ‘berani‘ minta RM100,000 jadi hero filem, Namron syak rakan terdekat pelakon mahu sabotaj kerjayaARTIKEL BERKAITAN: Menang anugerah, filem ‘box office’... Nam Ron kongsi penentu pelakon layak terima bayaran tinggi"Jadi kepada produser ataupun sesiapa yang menetapkan sebuah penapisan untuk kriteria pelakon itu, saya rasa adil sebab itu di bahagian mereka."Di bahagian saya pula sebagai seorang pelakon, kita perlu meletakkan misi utama kita adalah untuk menjayakan sebuah naskhah dan barulah kita pergi kepada pihak pengurusan," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Mierul meluahkan rasa syukur apabila bakatnya diiktiraf menerusi pencalonan Top 5 bagi kategori Pelakon Lelaki Harapan di FFM35.Mierul yang tercalon menerusi filem Tarung: Unforgiven menjelaskan, pengiktirafan daripada penggiat industri dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) membuktikan langkah kariernya berada di landasan yang tepat.Mierul tercalon bagi kategori Pelakon Lelaki Harapan. “Mendapat anugerah adalah satu maklum balas yang baik untuk kerja saya. Bila tahu tercalon, saya tahu perjalanan kerjaya saya berada di laluan yang betul dan ia membakar semangat saya untuk menambah kemahiran serta meneroka potensi diri.“Namun harapan saya sentiasa diletakkan pada karakter yang saya lakonkan. Hari kita berada di hadapan kamera di set penggambaran adalah peperiksaan yang terbesar.“Misi saya bukan sekadar anugerah, tetapi mencapai objektif watak yang ditulis. Bahagian itu saya sudah selesaikan sewaktu penggambaran dan pencalonan FFM ini adalah sumber keyakinan bahawa saya melakukan kerja yang betul,” jelasnya.