suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stacy bangga asal Malaysia, sindir balik netizen Indonesia... “Bukan negara yang bakar hutan“

Stacy tak berdiam diri apabila disindir netizen Indonesia.

PENYANYI Stacy tidak berdiam diri apabila seorang netizen Indonesia memuat naik foto lamanya dipercayai bertujuan menyindir penampilan dan membandingkan dirinya dengan penyanyi terkenal negara itu, Agnez Mo.

Membalas sindiran tersebut, Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 36, berkata dirinya tidak wajar dibandingkan dengan Agnez memandangkan penyanyi itu sudah bergelar artis sejak kecil.

“Tidak pantas mahu disamakan saya dengan Agnez kerana saya ini memang asalnya orang kampung dari Borneo, Sabah, Malaysia.

Hantaran yang dibuat oleh netizen Indonesia.

“Walhal Agnez itu dari bandar di Indonesia dan sejak kecil memang sudah bergelar artis. Bandinglah dengan orang yang sesuai latar belakangnya,” tulisnya.

Bagaimanapun, hantaran yang dimuat naik oleh netizen Indonesia di Threads menggunakan nama Zombieplasma itu dipadam tidak lama selepas itu.

Menurut Stacy, dia bangga dengan asal usulnya sebagai anak kelahiran Sabah dan tidak pernah berasa malu dengan penampilannya ketika mula menceburi industri seni.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mega Ching!’ ada maksud tersendiri, Stacy berani tampil berbeza buat peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Stacy hamil 4 bulan, terpaksa mengaku sebab dah tak boleh sorok perut

Malah, dia turut menyelar tindakan membakar hutan secara berleluasa yang didakwa menyebabkan pencemaran udara sehingga memberi kesan kepada Malaysia.

“Miskin-miskin, jelek saya yang dulu tetap saya bangga dan bersyukur kerana datangnya dari Malaysia, bukan negara yang pintar membakar hutan, memusnahkan alam dan membinasakan binatang kerana negaranya tidak cukup kaya.

“Asapnya sampai ke negara orang! Malu sedikit jadi orang Om!” tulisnya.

Allah yang cipta, manusia tiada syukur pula nak membahan.

STACY 

PENYANYI

Dalam pada itu, Stacy turut memberikan respons apabila ada pihak memintanya mengambil tindakan terhadap hantaran yang didakwa menyindir dirinya itu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Pelangi Senja itu menegaskan dia bangga dengan perubahan penampilannya dan tetap menghargai asal usulnya.

“Tak apa, saya bangga dengan evolusi saya dan saya sangat bangga dengan asal usul saya. Buruk di mata orang, cantik di mata saya. Syukur, Alhamdulillah,” kongsinya.

Stacy sentiasa bersyukur dengan penampilan dirinya.

Malah, Stacy turut meminta netizen itu membandingkan penampilan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora, ketika awal kemunculannya dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, pada tahun yang sama.

“Cuba bandingkan muka Lesti Kejora ketika awal kemunculannya dengan Tokti (Datuk Seri Siti Nurhaliza) kita pada tahun yang sama. Begitulah seumpamanya. Allah yang cipta, manusia tiada syukur pula nak membahan,” ujarnya.

Sebelum ini, perbalahan antara netizen Malaysia dan Indonesia tercetus susulan dakwaan segelintir rakyat negara jiran memandang rendah pasukan bola sepak Malaysia selepas skuad Indonesia menjuarai Piala ASEAN FIFA 2026 dengan menewaskan Thailand.

Keadaan didakwa semakin tegang apabila sebuah jenama produk dari Indonesia turut mencetuskan kontroversi menerusi sindiran terhadap Malaysia, sekali gus mendorong sebahagian netizen tempatan menyeru tindakan memboikot produk negara berkenaan.

 

Artikel Lain