suria

Stacy hamil 4 bulan, terpaksa mengaku sebab dah tak boleh sorok perut

Stacy dijangka bersalin Ogos depan.

SELEPAS lima tahun melahirkan cahaya mata pertama, penyanyi Stacy mengumumkan dirinya kini hamil anak kedua.

Menurut Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 32, kandungannya kini sudah berusia empat bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu cecah usia 4 tahun, Stacy dan Akim tengah usaha tambah zuriat - “Cuma belum ada rezeki lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu istimewa! Stacy betul-betul emosi tak sedar sampai menangis kerana penghayatan ‘Peluk’

"Alhamdulillah, rezeki Allah SWT buat saya dan Akim. Sekarang ini kandungan sudah mencecah empat bulan. Syukur, kehamilan kedua ini dipermudahkan.

"Saya pun tak boleh nak sorok juga, sebab makin hari perut membesar. Sekarang ini kalau ke mana-mana orang akan bertanya juga. Jadi, biarlah saya berterus terang saja," katanya kepada mStar.

Soal jantina anak, kami okay saja. Asal saja sihat dan sempurna

STACY

PENYANYI



Pada malam Selasa, Stacy berkongsi berita gembira itu ketika menjadi tetamu dalam program MeleTOP.

Stacy yang hadir ke program tersebut dengan berpakaian serba hitam kelihatan terkejut dan serba salah selepas tiba-tiba disoal tentang dakwaan bahawa dirinya dikatakan sedang hamil oleh pengacara Elly Mazlein.

“Kalau dah tak boleh nak tutup, sudah ‘pecah lubang’, betullah tu (hamil). Alhamdulillah, saya sedang hamil empat bulan,’ kata Stacy.

STACY

Stacy bersama suami dan anak-anaknya.

Ditanya soal jantina, Stacy berkata dia dan suami iaitu Akim Ahmad meletakkan perkara itu atas ketentuan Allah.

"InsyaAllah jika semuanya dipermudahkan saya dijangka bersalin pada Ogos nanti. Soal jantina anak, kami okay saja. Asal saja sihat dan sempurna.

"Buat masa sekarang saya masih bekerja dan larat lagi. Apa pun, saya nak ucapkan terima kasih pada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan saya," ujarnya.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun.

Stacy tuut mempunyai seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia sembilan tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain