suria

Anak bongsu cecah usia 4 tahun, Stacy dan Akim tengah usaha tambah zuriat - “Cuma belum ada rezeki lagi”

Stacy bersama Akim dan anak-anak mereka.

SUDAH berusaha untuk menambah zuriat, penyanyi Stacy Anam mengakui anak-anaknya sudah mula bertanya mengenai adik baharu.

Biarpun sebelum ini merancang untuk menjarakkan usia anak, Stacy atau nama sebenarnya Syaikhah Stacy Anam kini hanya menyerahkannya kepada Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu istimewa! Stacy betul-betul emosi tak sedar sampai menangis kerana penghayatan ‘Peluk’

"Mungkin jawapan ini dianggap klise oleh segelintir pihak, namun kami sudah berusaha ke arah itu cuma belum ada rezeki lagi.

"Sebelum ini, sememangnya kita merancang untuk memberi jarak. Ini kerana kita ingin memberikan tumpuan kepada setiap anak-anak supaya tiada yang tertinggal.

Stacy 1

Stacy bersama dua anaknya.

"Kasih sayang diberikan sama rata buat semua. Siapa kita hendak mempersoalkan perancangan Allah SWT. Ia sesuatu yang tidak dapat dijangka," ujar Stacy.

Untuk rekod, Stacy berkahwin dengan penyanyi Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret pada 5 Februari 2016.

Stacy memiliki seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan seorang anak perempuan, Eshaal Afiq Hakim, 4, tahun hasil perkongsian hidup bersama Akim.

Bukan bermakna kami terus selesa berada di belakang tabir, cuma buat masa ini itu fokus kami.

STACY ANAM

PENYANYI

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Stacy mengakui semakin aktif mengatur langkah menguruskan barisan artis di bawah syarikat pengurusan, Rhyme & Rhythm Music Entertainment (R&R) bersama Akim.

Tambah Stacy, buat masa sekarang R&R menguruskan tiga artis di bawah pengurusan mereka iaitu Akim Ahmad, Stacy, Hafiz Zainal, Minsteve, Nona, dan Dunya.

Stacy 2

Stacy dan Akim sibuk menguruskan syarikat mereka.

"Buat masa ini kami aktif menguruskan artis di bawah pengurusan R&R. Bukan bermakna kami terus selesa berada di belakang tabir, cuma buat masa ini itu fokus kami.

"Apa pun, kami tetap perlu mengekalkan kerjaya sebagai penyanyi untuk kekal relevan dalam industri. Perlu seimbangkan kedua-duanya iaitu bidang nyanyian dan juga komposer,"katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain