suria

DJ Lin menang lagi! Kali ini bawa pulang trofi ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai’ - “Ini bukti jenama DJ Lin semakin dipercayai dan kukuh”

DJ Lin berbangga dengan kejayaannya pada tahun ini.

SATU demi satu kejayaan diraih penyampai radio Suria FM, DJ Lin apabila kali ini dia diangkat sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Paling Dipercayai 2021 anjuran majalah antarabangsa Reader’s Digest.

Menurut DJ Lin atau nama sebenar Roslinda Abdul Majid, kejayaan terbaharu itu membuktikan nama dan kariernya dalam bidang penyampaian radio masih relevan meskipun berdepan banyak persaingan.

"Pengiktirafan yang diberikan ini membuktikan bahawa jenama DJ Lin semakin dipercayai dan kukuh sebagai jenama yang mampu bertahan dalam cabaran masa kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat keputusan cemerlang SPM, anak DJ Lin mahu ikut jejak langkah jadi penyampai radio - “Rupa-rupanya dia perhati perjalanan karier saya”

"Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Reader’s Digest dan juga rakyat Malaysia yang mengundi dan menyokong DJ Lin selama ini," katanya kepada mStar.

DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Suria FM dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori tersebut hasil undian peminat di Malaysia.

dj lin 2

DJ Lin teruja dan berbangga dengan pencapaiannya sebagai penyampai radio.

Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke-23 mengiktiraf jenama yang dipercayai berdasarkan undian oleh lebih daripada 8,000 individu yang dipilih daripada Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.

Kira-kira 100 jenama tempatan terpilih untuk memenangi lebih daripada 50 kategori yang mewakili pelbagai sektor seperti makanan dan minuman, produk penjagaan diri, pengendali khidmat penjagaan kesihatan, peralatan elektronik rumah, institusi kewangan dan pemaju hartanah.

Ini merupakan trofi kelapan dimenangi DJ Lin sepanjang 22 tahun berkecimpung dalam dunia penyampaian radio.

dj lin 3

DJ Lin mengendalikan segmen Suria Cinta setiap hari Ahad hingga Jumaat pukul 8 malam hingga 1 pagi.

DJ Lin sebelum ini memenangi Anugerah Sri Angkasa (kategori Penyampai Radio Terbaik) sebanyak tiga kali, Anugerah Penyampai Radio Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak tiga kali dan Anugerah Kesatria Puteri (Industri Radio) Himpunan Wanita Muda Negara 2012.

Dalam perkembangan lain, Suria FM kini menyediakan hadiah wang tunai bernilai RM50,000 untuk pendengar setia mereka menerusi Instagram (IG) Live Chit Chat Suria.

Pendengar hanya perlu menyaksikan gelagat penyampai dan rakan selebriti undangan berbual di IG @suriamalaysia setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat pukul 9.30 malam.

IG Live Chit Chat Suria berlangsung bermula 6 September hingga 15 Oktober ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain