suria

Tak sangka MK K-Clique malu-malu dengan perempuan, takut tenung mata Mira Filzah

Penyanyi rap MK K-Clique memberitahu dia banyak belajar perkara baharu dalam dunia lakonan.

PERTAMA kali menceburi bidang lakonan menerusi drama The Hotel, penyanyi rap MK K-Clique memberitahu dia banyak belajar perkara baharu.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, berkata, dia bersyukur menerima tunjuk ajar daripada orang sekeliling terutamanya rakan pelakon.

"Perasaan teruja untuk menceburi dunia lakonan ni. Saya banyak belajar benda baru dan peroleh pengalaman yang baru di sini dalam dunia lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah! MK K-Clique pula terbuka hati sertai tabligh, belajar agama... mula tanggal rantai, gelang emas

“Syukur ramai yang bantu dari kali pertama masa saya baca skrip saya dah tanya kawan-kawan pelakon.

"Bila sampai set saya dapat lagi banyak tunjuk ajar daripada pelakon di tempat penggambaran. Alhamdulillah tidak jadi satu benda yang susah sebab semua tolong saya,” ujarnya kepada mStar.

mk mira

Antara babak MK bersama Mira Filzah dalam drama The Hotel.

MK ditemui ketika sidang media drama The Hotel yang diadakan secara maya pada Ahad.

Sementara itu, kali pertama bergandingan dengan pelakon popular Mira Filzah, MK mengakui terpaksa membuang sikap malunya dengan perempuan.

“Saya ni pemalu, takut nak pandang mata perempuan.

Saya banyak belajar benda baru dan peroleh pengalaman yang baru di sini dalam dunia lakonan.

MK K-Clique

PENYANYI

"Kali pertama berdialog dengan Mira saya tak pandang mata dia sampailah Mira cakap tengok mata l” ujarnya.

Dalam pada itu, Michael Ang yang juga penerbit drama tersebut berkata walaupun penyanyi lagu Pulang itu bukan daripada dunia lakonan namun dia dapat memberikan lakonan yang baik.

"Benda biasa penyanyi jadi pelakon, pelakon jadi penyanyi. MK ada aura dan dia pun first time belakon jadi kita tak harap sesuatu yang lebih.

"Tapi dari hari pertama sampai sekarang MK banyak improvement daripada footage saya tengok. Its' awesome," ujar Michael.

Official Poster_THE HOTEL_Landscape (1)

Drama The Hotel akan di tayangkan di Astro Ria pada 15 September.

Drama The Hotel akan mula ditayangkan menerusi platform Astro Ria bermula 15 September depan.

Selain MK, drama tersebut turut dibintangi pelakon popular Mira Filzah, Eina Azman dan Sean Lee.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

MK K-Clique, berlakon, The Hotel

Artikel Lain