suria

Beto Kusyairy masih ‘cuak’ nak kerja, terpaksa akur hidup dengan Covid-19 - “Kena berdamai dengan virus ini… saya tak reti buat benda lain”

Beto (tengah) bersama pelakon drama Penghulu Interim Nadiya Nisaa (kiri) dan Dayang Areeda.

KES jangkitan Covid-19 yang masih tinggi dalam negara sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan kepada pelakon Beto Kusyairy yang perlu kembali ke set penggambaran untuk bekerja.

Beto, 41, bagaimanapun berkata dia terpaksa keluar mencari rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup dan membiasakan diri dengan kewujudan virus Covid-19.

"Sejujurnya kerisauan itu tetap ada... tapi nak tak nak kita kena biasakan diri dengan situasi sekarang yang virus ni tak akan pergi mana-mana.

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy suruh ‘look around’, ambil berat isu depresi orang sekeliling - “Jangan perlekeh tindakan luah perasaan di media sosial”

"Kita kena hidup dengan virus ini tapi dalam masa sama siapkan diri kita, berjaga-jaga dan berdisiplin ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk mengelakkan diri daripada jangkitan.

"Nak tak nak inilah kerjaya kami, saya sendiri tak reti nak buat benda lain, ini sahaja yang saya tahu buat dan mampu buat. Jadi mahu tak mahu kita kena berdamai dengan virus ini," katanya kepada mStar.

beto 3

Beto Kusyairy terpaksa akur hidup dengan virus Covid-19.

Beto ditemui semasa sidang media drama terbaharu, Penghulu Interim yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Memikirkan soal kesihatan dan keselamatan keluarga, Beto berkata dia memilih untuk bekerja dengan produksi yang mengutamakan SOP termasuklah pengambilan vaksin Covid-19.

Saya mempunyai orang tua dan anak-anak kecil di rumah jadi lebih baik mencegah daripada mengubati!

BETO KUSYAIRY

PELAKON

"Saya mempunyai orang tua dan anak-anak kecil di rumah jadi lebih baik mencegah daripada mengubati. Itulah yang saya lakukan selagi saya termampu.

"Individu antivaksin harus sedar, mereka bekerja dalam kelompok yang ramai jadi jika tidak percaya dengan sesuatu, jangan sampai menyusahkan orang lain. Apabila menjadi pembawa, kita akan membabitkan orang lain.

beto 2

Beto bersama Nadiya Nisaa dalam drama Penghulu Interim.

"Individu sudah lengkap vaksin tetap boleh dijangkiti dan apabila pulang ke rumah, (boleh) berjangkit pula pada keluarga. Puncanya sebab individu antivaksin yang mementingkan diri. Bagi saya, perkara ini tidak adil," katanya.

Bercakap mengenai drama Penghulu Interim, Beto membawakan watak Borhan yang dilantik memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK).

Drama arahan Jamal Khan itu bersiaran di sebuah saluran TV swasta sejak 31 Julai lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain