suria

Nazrief Nazri ikut cakap orang tua-tua, tak kongsi wajah dan nama anak... bimbang penyakit ain - “Cukuplah kami panggil baby Noah di laman sosial”

Nazrief belum sedia dedah nama dan wajah anak kepada umum.

DUA bulan menimang cahaya mata pertama, pelakon Nazrief Nazri masih belum bersedia mendedahkan identiti dan wajah anaknya untuk tatapan umum.

Nazrief, 30, berkata dia lebih selesa meletakkan hal keluarga termasuklah anak sebagai perkara peribadi sehinggalah tiba masa yang sesuai untuk berkongsi dengan peminat.

"Sudah dua bulan isteri bersalin... saya pun baru selesai mendaftarkan nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Buat masa ini kami hanya kongsi nickname anak iaitu Noah A.

ARTIKEL BERKAITAN: Nazrief Nazri bengang individu tanya status halal makanan pantang isteri - “Takkan saya tak tahu hukum... fikir dulu sebelum komen”

"Orang pun tak tahu nama penuh anak kami... cukuplah kami panggil sebagai baby Noah di laman sosial.

"Sebenarnya saya dengan isteri adalah orang yang sangat menjaga privasi tapi kita sedar sebagai public figure, ada beberapa perkara kita kena kongsi juga dengan pengikut," katanya kepada mStar.

nazrief nazri 1

Isteri Nazrief bersama bayi lelaki mereka.

Nazrief dan isteri iaitu Aizatul Aqma Hamdan menimang cahaya mata sulung lelaki pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Salah satu sebab kami nak elakkan penyakit ain dan perkara-perkara tak elok dekat baby!

NAZRIEF NAZRI

PELAKON

Selain mahu menjaga privasi keluarga, Nazrief juga berkata dia merahsiakan nama penuh anak kerana mahu mengelakkan daripada terjadinya penyakit ain.

"Sebenarnya keluarga tak bagi dedah nama penuh anak sebab takut macam-macam orang boleh buat (benda tak baik).

"Salah satu sebab kami nak elakkan penyakit ain dan perkara-perkara tak elok dekat baby.

nazrief nazri 2

Nazrief menimang cahaya mata selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.

"Itulah sebabnya kami guna nama nickname dekat baby, bukan saja-saja nak rahsia nama tau!" ujarnya.

Sekadar info, penyakit Ain ialah sejenis penyakit berpunca daripada pandangan mata.

Ia juga boleh terjadi apabila timbul perasaan dengki dan jahat di mana pandangan matanya sahaja sudah cukup untuk menimbulkan sesuatu penyakit.

Pandangan yang disebabkan kagum dan teruja disertai dengan sedikit sifat cemburu juga boleh menyebabkan terkena penyakit ain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain