suria

‘Mega Ching!’ ada maksud tersendiri, Stacy berani tampil berbeza buat peminat

Stacy kongsi inspirasi diri dalam lagu baharu.

PENYANYI Stacy tampil dengan lagu baharu berjudul Mega Ching! yang menjadi simbol kemunculan semula identiti muzik yang sering dirindui peminat sejak era awal kariernya.

Menurut Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 35, lagu itu juga sebagai satu bentuk untuk meluahkan perasaan yang mana kisahnya diambil daripada pengalaman ketika berada di atas pentas.

"Inspirasi utama lagu ini hadir ketika berada di atas pentas. Ia cara saya melunturkan rasa gementar dan mendisiplinkan diri ketika menyanyi sambil menari.

Stacy berani tampil berbeza. 

“Bagi saya, semua orang ada cerita masing-masing. Jadi, lagu ini jambatan untuk 'mengekspres' perasaan. Apa pun situasi, saya lebih memilih untuk labelkan sebagai ‘ching’ sahaja iaitu mudah ‘move on’.

“Ia peringatan kepada diri sendiri agar emosi tidak terperangkap lama, lebih-lebih lagi pekerjaan ini perlukan mental yang sangat kuat,” katanya.

Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Stacy sendiri yang menggunakan nama pena Bunga Cantik.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Stacy jawab tuduhan berlagak diva, hubungan dengan Bella Astillah masih baik 

ARTIKEL BERKAITAN: “Berat macam dukung anak” - Stacy hampir pitam pakai kostum Bunga Matahari, sukar sorok suara sebenar

Tampil memberi sesuatu yang berbeza, Stacy juga berani untuk bereksperimen demi kepuasan pendengar.

“Lagu ini sepatutnya dibawakan di konsert pada Jun lalu, tetapi saya memilih untuk tidak tergesa-gesa. Hampir dua hingga tiga kali juga kami tukar melodi sepanjang lima bulan proses rakaman.

“Saya bereksperimen dengan susunan muzik EDM style K-pop bersama penggubah yang memang pakar genre tersebut.

"Kemudian digabungkan melodi dan lirik yang masih mengekalkan karakter saya. Paling unik, kali pertama saya memasukkan elemen rap dialek Sabah,” kongsinya.

Stacy bakal tampil dengan album baharu. 

Istimewa buat peminat, Stacy juga berkongsi khabar gembira bahawa lagu ini merupakan salah satu karya yang bakal dimuatkan dalam album baharunya nanti.

“Selepas konsert baru-baru ini, perjalanan muzik saya memang menuju ke album baharu yang kini dalam proses rakaman. Mega Ching! adalah antara lagu yang akan dimuatkan,” jelasnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain