suria

Netizen dakwa Sissy Imann dah jumpa cinta hati, foto cincin di jari manis undang teka-teki… “Permulaan sesuatu yang baharu”

Netizen dakwa Sissy sudah ada teman lelaki.

PERKONGSIAN terbaharu penyanyi Sissy Imann di akaun Instagram miliknya mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran tersebut, Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil memuat naik foto dirinya menyarung cincin di jari manis, sekali gus memberi bayangan hatinya sudah dimiliki seseorang.

Dalam hantaran sama, Sissy turut berkongsi foto kedua yang memperlihatkan sepasang kaki lelaki hingga ramai yang berteka-teki siapakah lelaki misteri itu. 

Hantaran Sissy di Instagram cetus tanda tanya.

Difahamkan, foto berkenaan dirakam ketika Sissy berada di Kyoto, Jepun.

Sissy dalam perkongsiannya turut memberi bayangan bakal memulakan fasa baharu dalam hidupnya.

“Permulaan kepada sesuatu yang baharu,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann pengacara majlis nikah Amira dan Fattah, kena datang sebab kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Penat lelah 4 tahun berbaloi, Sissy Imann muncul satu-satunya graduan berjaya tamat master muzik secara penyelidikan UiTM

Ruangan komen pula dipenuhi doa dan ucapan positif apabila rata-rata netizen seperti sudah menghidu sesuatu mengenai kehidupan peribadinya.

Tidak kurang juga yang membuat spekulasi apabila mendakwa penyanyi itu kini sedang mengenali seorang doktor.

“Giliran anda. Semoga semuanya berjalan lancar.”

Netizen berdoa agar urusan jodoh Sissy dipermudahkan.

“Tahniah.”

“Doktor nak bius cinta,” tulis beberapa pengikutnya.

Lebih mencuri perhatian, rakan selebriti seperti Amira Othman, Wany Hasrita, Radin, Shaza Bae dan Puteri Aishah turut meninggalkan emoji hati merah sebagai tanda sokongan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia