suria

Sissy Imann pengacara majlis nikah Amira dan Fattah, kena datang sebab kerja

Sissy luah rasa gembira berita Amira dan Fattah bakal disatukan.

PENYANYI dan pengacara, Sissy Iman meluahkan rasa gembira apabila berita sahabat baiknya, Amira Othman, bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin, diumumkan secara rasmi.

Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, turut menitipkan doa agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan menjelang hari bahagia mereka nanti.

“Berita perkahwinan mereka akhirnya dikeluarkan. Insya-Allah, semoga dipermudahkan segala urusan,” tulisnya ringkas.

Sissy gembira Amira bakal berkahwin dengan Fattah.

Sissy berkongsi perasannya itu menerusi satu hantaran di InstaStory pada petang Isnin.

Lebih menarik, Sissy turut mendedahkan dia sebenarnya akan bertugas sebagai pengacara untuk majlis ijab kabul pasangan berkenaan. 

Malah dalam satu tangkap layar perbualan yang dikongsikan, Amira pada awalnya mahu memberikan jemputan kepada Sissy, namun tidak menyedari sahabatnya itu sebenarnya terlibat secara langsung dalam majlis yang dijadualkan berlangsung pada 14 September. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin lamar Amira Othman, bakal nikah Ahad ini - "Daripada rakan sekerja ke rakan serumah”

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak huruf ‘A & F’, netizen buat spekulasi Amira Othman dan Fattah Amin bakal berkahwin

“Nasib baik sayang... Jadi tak kisahlah datang majlis kena kerja waktu tu,” ujarnya.

Pada petang Isnin, dunia hiburan dikejutkan dengan kejutan oleh Fattah yang membuat lamaran terbuka kepada Amira.

Momen istimewa itu berlaku ketika Amira dan adiknya, penyanyi Irfan Haris sedang membuat persembahan duet lagu baharu mereka berjudul Rasa & Takdir.

Perkongsian Sissy di Instastorynya.

Ketika persembahan berakhir, Irfan menyerahkan seutas kunci kepada Fattah sebagai simbolik penyerahan tanggungjawab menjaga kakaknya, sekaligus mengumumkan berita pertunangan mereka.

Pasangan ini dijadualkan bakal bernikah pada 14 September depan, bersempena ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.

Majlis ijab kabul mereka akan disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV pada pukul 8 malam.

Selain liputan secara langsung majlis perkahwinan, penonton juga dapat menyaksikan 10 episod dokumentari “Setulus Takdir: Fattah Amira”, yang mula ditayangkan pada 8 September 2025, eksklusif di aplikasi Unifi TV 2.0 melalui saluran Inspirasi.

Siri dokumentari ini merakamkan perjalanan cinta Fattah dan Amira bermula dari detik perkenalan hingga ke hari mereka disatukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain