MENGHITUNG hari untuk bergelar suami isteri, penyanyi Amira Othman mengakui sikap terpuji dimiliki Fattah Amin membuatkan dirinya jatuh hati.
Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, berkata Fattah dilihat sebagai seorang lelaki yang cukup baik untuk dijadikan calon suami.
“Bagi saya, dia memang seorang lelaki yang baik, malah juga anak yang baik,” katanya.
Berkongsi lebih lanjut, Amira turut meletakkan kepercayaan penuh kepada bakal suaminya itu selain yakin komunikasi adalah kunci kepada keharmonian rumahtangga.

Fattah, Amira buat kejutan umum tarikh nikah.
Tambah Amira, setiap masalah dalam rumahtangga juga boleh diselesaikan sekiranya berlakunya perbincangan.
"Iyalah, saya pun belum ke fasa perkahwinan ini kan. Nak cakap lebih-lebih pun nanti orang kata kau belum kahwinlah, apalah kan. Tapi saya yakin kalau dia orang yang baik, semuanya boleh dibincangkan.
"Maksudnya kalau kita berbincang pun tak ada jadi marah-marah, kita bincang pun tak ada jadi macam memudaratkan.
"Itu saja yang saya rasa saya perlukanlah. Saya perlukan orang yang baik-baik supaya semuanya ada toleransi. Saya hanya mampu berdoa dan Insya-Allah saya harap yang terbaiklah untuk saya dan semua," katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin lamar Amira Othman, bakal nikah Ahad ini - "Daripada rakan sekerja ke rakan serumah”
ARTIKEL BERKAITAN: Nampak huruf ‘A & F’, netizen buat spekulasi Amira Othman dan Fattah Amin bakal berkahwin
Dalam pada itu, Amira turut meluahkan rasa lega apabila dapat menunaikan janji berkongsi khabar gembira kepada peminatnya.
"Itulah saya sebenarnya ingin kongsikan. Setiap kali kita diwawancara, bila ditanya soalan ini, kami pun sudah berjanji, jika ada, pasti kami kongsi. Jadi kami melunaskan janji itu.
"Kita nak ajak anda semua kan? Untuk sama-sama menyaksikan, Insya-Allah, pernikahan di antara saya dan Fattah, setulus takdir Fattah Amira, hashtag dia," jelasnya.
Tapi saya yakin kalau dia orang yang baik, semuanya boleh dibincangkan
AMIRA OTHMAN
PENYANYI
Sementara itu, Fattah atau Abdul Fattah Amin, 35, berkata dia tertarik dengan keperibadian Amira penuh sopan santun dan beradab.
"Dia seorang yang pernuh adab, sopan santu dan baik juga," luahnya.
Pada Isnin, Fattah mengumumkan dia dan Amira bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September ini.
Pasangan ini dijadualkan bakal bernikah pada 14 September depan, bersempena ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.

Berita pernikahan Fattah dan Amira disambuat baik ramai peminat.
Majlis ijab kabul mereka akan disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV pada pukul 8 malam.
Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 5 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


