SELEPAS tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai lepasan sekolah memilih untuk bekerja sementara menunggu peluang menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi.Selain menambah duit poket untuk menampung perbelanjaan di universiti, kerja sambilan juga membantu mereka mengumpul pengalaman awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar. Bagi sesetengah individu, rutin itu diteruskan walaupun sudah bergelar mahasiswa.Situasi itulah yang dilalui seorang guru apabila dia pernah mengambil upah mencuci pinggan serta bekerja dalam sektor makanan dan minuman (F&B), meskipun meraih keputusan cemerlang 10A dalam SPM.Barista antara pekerjaan popular dalam kalangan anak muda. -Gambar hiasan AI"Selepas habis SPM, saya ambil upah cuci pinggan sementara tunggu panggilan sambung belajar, dah sambung ijazah pun masih lagi buat kerja sambilan."Kerja dalam bidang makanan dan minuman, jadi barista serta bungkus lauk," luahnya di Threads sambil memuat naik tangkap layar hantaran seorang wanita yang dilihat seolah-olah merendahkan pekerjaan barista.Menurutnya lagi, kebanyakan individu menjadi barista bukanlah disebabkan mereka tidak pandai, sebaliknya tidak semua berasa daripada keluarga kaya.Kata-katanya itu sekali gus membidas kenyataan seorang individu yang menyatakan anaknya tidak perlu bekerja sebagai seorang barista kerana memperoleh keputusan 10A dan tidak akan menjadi barista."Kau tak payah kesian dekat anak aku. Dia dapat 10A, insya-Allah tak jadi barista macam kau," kata individu berkenaan penuh riakSeorang guru yang memperoleh 10A dalam SPM pernah mengambil upah mencuci pinggan sementara menunggu panggilan menyambung pengajian.Ketika mengikuti pengajian ijazah, dia terus bekerja sambilan dalam bidang makanan dan minuman, termasuk menjadi barista.Dia berkongsi pengalaman itu selepas tular kenyataan seorang wanita yang berkata anaknya mendapat 10A dan tidak akan menjadi barista.Guru itu turut mengingatkan orang ramai agar menghormati pekerjaan orang lain.Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.Ringkasan ini dijana oleh AITidak hanya itu, dia yang kini dalam proses menyambung pengajian di peringkat master turut menitipkan pesanan agar seseorang tidak diherdik kerana pekerjaan yang dilakukan."Jangan kita hina sesiapa punya pekerjaan sebab tak selamanya kita akan berada di atas. Kehidupan kita ibarat roda. Ia berputar," luahnya menitipkan nasihat.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang diberikan.ARTIKEL BERKAITAN: “Macam hamba kosmetik!” - Kenyataan celupar hina pekerja wanita nampak jijik sebab tak bersolek cetus kemarahanARTIKEL BERKAITAN: Pelajar universiti sindir suri rumah, hina wanita ‘kerja’ hantar anak sekolah - “Sekurang-kurangnya saya laku, orang buat jadi bini”Ada yang menyatakan bahawa lambakan individu berpelajaran tinggi menyebabkan ramai yang mengalami kesukaran mendapat pekerjaan mengikut kualifikasi pendidikan."Bekas pelajar isteri baru tamat ijazah kejuruteraan, tapi kerja di kedai makan. Zaman sekarang sangat mencabar sebab ada ijazah pun belum tentu dapat kerja bidang yang diingini."Aku yang lepasan ijazah pun cebur F&B sebab minat, dia ingat semua yang ada 10A terus jadi astronaut," demikian reaksi netizen.