suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Aurat kau tu, tahu tak?” - Staf senior buat ‘fatwa’ sendiri, marah simpan stok susu badan dalam peti ais pantri

Status sebagai wanita berkerjaya tidak menghalang seseorang menyediakan bekalan susu ibu buat si kecil. -Gambar hiasan AI

MENJADI seorang ibu berkerjaya sememangnya bukan satu tugas mudah, lebih-lebih bagi mereka yang mempunyai bayi.

Bagi ibu yang menyusukan anak, rutin mengepam susu di pejabat sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab harian demi memastikan bekalan untuk si kecil sentiasa mencukupi.

Namun, lain pula kisah yang dihadapi seorang wanita ini apabila tindakannya menyimpan hasil perahan susu badan di pejabat dipertikaikan, malah dipersendakan oleh rakan sekerja senior.

"Akak senior 'pick me' dekat pejabat... jangan letak susu kau dekat peti ais pantri. Susu tu kau pam kan? Tu aurat kau, tahu tak?" tulisnya mengimbas kembali teguran yang dilontarkan oleh staf senior tersebut.

Menyusukan bayi bukan sekadar memberi nutrisi, malah menjadi momen istimewa yang mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. -Gambar hiasan

Disebabkan teguran berkenaan, wanita tersebut mengakui dia bukan sahaja dibelenggu persoalan mengenai hukum agama, malah bingung memikirkan kaedah alternatif untuk menyimpan bekalan susunya di pejabat. 

"Betul ke susu badan yang aku dah pam, aku letak dalam plastik susu atau botol tu dikira aurat aku?

"Tak boleh ke aku tumpang peti ais pantri sebab takut officemate lelaki nampak kemudian terbayang susu tu dari mana? Betul ke geng?" luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri buang semua stok susu badan tanda protes… Hancur hati dihina makan pelahap depan kawan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita stres abang ipar minta susu badan, rayu jadi ibu susuan anak angkat 7 bulan... Bagi alasan nak selesai isu mahram keluarga

Persoalan wanita itu mengundang perhatian warga maya yang turut membahaskan mengenai kedudukan susu ibu daripada sudut hukum agama.

Rata-rata warga maya mengecam staf senior berkenaan, malah ada yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak wajar kerana menyusahkan ibu yang sedang berusaha menyediakan keperluan anak ketika bekerja.

  • Seorang wanita ditegur staf senior kerana menyimpan susu badan yang diperah di dalam peti ais pantri pejabat.
  • Staf senior mendakwa susu badan yang sudah diperah merupakan aurat dan wanita itu tak patut meletakkannya dalam peti ais.
  • Teguran itu menimbulkan tanda tanya dalam diri wanita tersebut sama ada susu badan dianggap aurat. 
  • Warga maya mengecam tindakan staf senior berkenaan dan menyifatkan tegurannya itu sebagai tidak wajar.
  • Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, susu ibu bukan aurat yang wajib disembunyikan.

"Aurat apanya? Pam susu pun dah cukup penat, lagi nak dengar benda macam ni.

"Tanya dia balik, mazhab mana yang ajar macam tu?" komen netizen. 

Memetik perkongsian di laman Mufti Wilayah Persekutuan, susu ibu tidak termasuk dalam bahagian aurat wanita yang wajib disembunyikan.

Bagaimanapun, menurut penjelasan tersebut, perbuatan menayangkan susu ibu di khalayak umum mahupun di media sosial boleh mengundang reaksi negatif dalam kalangan masyarakat serta tidak bersesuaian dengan adat dan kebiasaan setempat.

"Sebagai langkah berhati-hati, para ibu dinasihatkan menyimpan stok susu tanpa mendedahkannya bagi menutup ruang fitnah serta menjaga adab sebagai Muslimah yang mementingkan sifat malu," ujarnya.

Artikel Lain