suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan minta banyak, cuma RM10 untuk alas perut… Anak sulung terkilan keluarga langsung tak peduli

Setiap individu pastinya berasa berat hati untuk membiarkan adik-beradik hidup dalam kesusahan. -Gambar hiasan AI

TANGGUNGJAWAB sebagai anak sulung sering kali menuntut pengorbanan besar, di mana keperluan keluarga dan adik-beradik diletakkan di tempat teratas biarpun diri sendiri terpaksa menanggung kesempitan.

Namun, pengorbanan seorang wanita ini akhirnya mengundang rasa terkilan apabila kebaikannya seolah-olah tidak dihargai, malah dia dibiarkan terkapai-kapai ketika berdepan kesempitan kewangan.

Lebih menyedihkan, dia yang pernah menghulurkan bantuan menggunakan wang terakhirnya kepada si adik suatu ketika dahulu kini hanya diperlakukan seperti orang asing sewaktu meminta pertolongan.

"Aku nak pinjam duit dekat adik sebab gaji aku lambat, akan masuk antara 1 hingga 7 hari bulan. Nak pinjam RM10 je sebab aku betul-betul teringin nak makan mi goreng mamak.

Masalah kewangan boleh membuatkan individu itu hidup dalam kemurungan. -Gambar hiasan AI

"Tapi semua beri alasan, tak nak balas mesej... padahal adik aku baru dapat duit bantuan RM6,700. Mak ayah aku lagi la, semua utamakan diri sendiri je.

"Aku sebagai anak sulung ni, duduk jauh sebab belajar sambil kerja. Sedangkan apabila masuk gaji, mesti aku bagi mereka duit," ujarnya hampa.

Mengimbas kembali pengorbanan lalu, wanita berkenaan mendedahkan dia pernah sanggup menyerahkan wang RM10 kepada adiknya yang mengadu kelaparan  meskipun ketika itu baki simpanan di dalam akaunnya hanya tinggal RM11.

Namun, respons dingin keluarga terhadapnya hari ini membuatkan wanita itu tertanya-tanya mengapa tiada tempat baginya untuk bergantung tatkala berada dalam kesusahan.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Buat ‘loan’ sebab terdesak nak pakai wang? Semak lima perkara ini sebelum tekan butang setuju

ARTIKEL BERKAITAN: Masa kawan susah kedekut nak tolong… Tiba waktu akaun sendiri kena ‘blocked’ terhegeh-hegeh nak pinjam RM50!

"Aku pernah tinggal baki duit RM11 je. Adik aku minta RM10 sebab nak makan. Aku bagi juga. Apa yang aku nak sampaikan... apabila jadi anak sulung ni kita automatik akan fikirkan orang lain dulu.

"Yang penting, adik-beradik semua sihat dan gembira. Masalah ni, aku tak cerita pun dekat teman lelaki sendiri. Aku pendam sehabis-habisnya," cerita wanita itu lagi.

Dalam hantaran sama, dia menjelaskan bukan berniat meraih simpati, sebaliknya sudah terlalu lama memendam rasa terhadap sikap keluarganya sendiri.

  • Anak sulung kecewa keluarga tidak membantu ketika kesempitan wang.
  • Hanya mahu pinjam RM10 untuk makan mi goreng mamak.
  • Baki RM11 sanggup diberi kepada adik yang meminta bantuan.
  • Selama ini utamakan ibu bapa dan adik-beradik setiap kali gaji masuk.
  • Luahan wanita yang lama memendam masalah keluarga undang simpati netizen.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib individu berkenaan.

"Biasanya anak sulung perempuan ni memang mak ayah tak pedulikan sangat sebab mereka rasa dia boleh berdikari. 

"Bunyi macam kasar, tapi lain kali awak jangan bagi duit dekat mereka kalau tak ada. Kita pun nak pakai duit juga.

"Ada adik-beradik yang apabila kita tolong, mereka balas baik jasa kita tu. Tapi ada juga yang sebaliknya. Lepas ni kalau adik kau minta tolong, cakap je tak ada duit," komen beberapa netizen.

Artikel Lain