MASALAH kewangan yang tidak dijangka boleh menyebabkan seseorang terpaksa mencari sumber wang tambahan dalam tempoh singkat. Dalam keadaan terdesak, pinjaman segera sering menjadi pilihan kerana proses permohonannya mudah dan wang boleh diterima dalam masa singkat. Namun, di sebalik kemudahan itu, ada beberapa perkara penting yang perlu diteliti supaya kita tidak terbeban dengan hutang selepas masalah selesai.Sebelum memohon pinjaman segera, semak lima perkara ini!Segelintir individu sanggup membuat pinjaman wang kerana berada dalam keadaan terdesak. -Gambar hiasan 1. Jangan tengok ansuran bulanan sahajaAnsuran yang rendah memang nampak menarik, tetapi jangan terus terpedaya. Semak kadar faedah, caj pemprosesan dan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.Contohnya, jika ada caj pemprosesan, jumlah wang yang diterima mungkin lebih rendah daripada jumlah pinjaman, sedangkan bayaran balik tetap dikira berdasarkan jumlah asal.2. Pilih tempoh bayaran ikut kemampuanTempoh bayaran yang panjang memang boleh mengurangkan ansuran bulanan, tetapi jumlah faedah yang dibayar mungkin lebih tinggi.Pilih tempoh yang membolehkan anda membayar ansuran dengan selesa tanpa menjejaskan perbelanjaan harian. Jika mahu melangsaikan pinjaman lebih awal, semak juga sama ada terdapat caj penyelesaian awal.3. Pastikan pemberi pinjaman sahJangan mudah percaya dengan aplikasi yang menjanjikan wang segera, terutama jika anda tidak pernah mendengar nama syarikat berkenaan.Semak latar belakang pemberi pinjaman dan status kawal selianya melalui saluran rasmi. Jangan sesekali buat pinjaman sekiranya anda tidak mampu untuk melunaskan bakinya setiap bulan. -Gambar hiasan4. Pastikan mampu membayar balik tepat pada masanyaSebelum membuat pinjaman, kira semula komitmen bulanan dan pastikan pendapatan mencukupi untuk menampung ansuran.Jika sesuai, tetapkan arahan debit automatik supaya bayaran tidak terlepas. Namun, pastikan wang mencukupi dalam akaun pada tarikh potongan.Bayaran lewat atau ansuran yang gagal dijelaskan boleh menyebabkan caj tambahan dan menjejaskan rekod kredit, sekali gus menyukarkan permohonan pembiayaan pada masa hadapan.5. Simpan bukti selepas hutang selesaiSelepas semua ansuran dibayar, jangan terus padam aplikasi dan anggap semuanya selesai.Minta surat pengesahan penyelesaian atau dokumen penutupan pinjaman daripada pemberi pinjaman. Simpan dokumen tersebut sebagai bukti sekiranya timbul sebarang masalah dengan rekod kredit pada masa hadapan.