PERNAH tak anda terfikir, cukup ke simpanan KWSP kita nanti apabila tiba hari persaraan?Dengan kos sara hidup yang makin meningkat, ramai mula sedar bahawa bergantung kepadasatu tabung persaraan sahaja mungkin tidak memadai. Kebimbangan ini bukanlah tidak berasas.Ini kerana setakat 31 Mei 2026, hanya seramai 3.04 juta ahli aktif KWSP yang berumur antara 18 hingga 60 tahun iaitu sekitar 38.3 peratus daripada 7.94 juta pencarum dalam kumpulan umur tersebut telah mencapai ambang Simpanan Asas sebanyak RM390,000.Ini bermakna daripada 10 pencarum yang aktif, enam daripadanya masih belum mencapai tahap simpanan asas tersebut.Dalam situasi ini, adalah penting untuk pengguna menyedari kepentingan mempelbagaikan dan menambah tabung simpanan persaraan melalui instrumen alternatif.Antara instrumen simpanan persaraan alternatif yang wujud di Malaysia ialah PRS atau Private Retirement Scheme (Skim Persaraan Swasta).Apa itu PRS?Secara ringkas, PRS merupakan satu platform simpanan dan pelaburan sukarela yang direka khas untuk membantu pengguna membina benteng kewangan tambahan demi masa depan.Bayangkan PRS ini sebagai ‘tabung persaraan ketiga’ yang memberi anda kawalan penuh untuk menentukan jumlah caruman dan di mana anda mahu melabur.Di Malaysia, hampir kesemua bank utama serta beberapa penyedia berdaftar dilantik sebagai pengedar rasmi instrumen ini.Malah bagi umat Islam, pilihan pelaburan yang Patuh Syariah turut disediakan.Insentif di bawah PRSSelain membantu membina dana pencen, PRS turut menawarkan beberapa inisiatif menarik untuk para penyimpan, antaranya termasuk pelepasan cukai individu tahunan sehingga RM3,000.Jika kadar cukai anda berada pada tangga 20 peratus, simpanan RM3,000 dalam PRS secara automatik boleh menjimatkan cukai anda sebanyak RM600.Selain itu, bagi pemilik perniagaan atau usahawan, simpanan dalam PRS dilindungi oleh undang-undang di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan daripada tuntutan pemiutang.Ini bermakna duit persaraan anda kekal selamat walaupun perniagaan anda berdepan risiko kewangan.Siapa sesuai mencarum bersama PRS?Pada dasarnya, sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas layak membuka akaun PRS, namun ia paling bermanfaat untuk beberapa golongan utama.Bagi pembayar cukai pendapatan, PRS merupakan strategi bijak untuk mengurangkan beban cukai tahunan sehingga RM3,000 sambil membina simpanan masa depan.Sementara itu, golongan pekerja bebas, usahawan, dan pekerja ekonomi gig yang tiada caruman majikan automatik seperti KWSP boleh menggunakan PRS sebagai instrumen fleksibel untuk membina pencen persaraan sendiri mengikut kemampuan.Beza PRS dan KWSPWalaupun kedua-duanya diwujudkan untuk tabung hari tua, profil pulangan dan risiko KWSP dan PRS agak berbeza.KWSP diuruskan menerusi portfolio pelaburan yang lebih stabil dan selamat, manakala risiko pelaburan PRS lebih terdedah kepada turun naik pasaran.Bagaimanapun, tahap risiko dan pulangan PRS bergantung penuh kepada jenis dana yang anda pilih.Jika memilih dana berisiko tinggi seperti ekuiti, anda berpotensi menikmati pulangan lebih tinggi berbanding KWSP apabila pasaran saham melonjak naik.Perbezaan ini menjadikan PRS satu pilihan fleksibel bagi mereka yang mahukan kepelbagaian pelaburan mengikut profil risiko masing-masing.Bagaimana PRS berfungsi?Pengurusan dana PRS direka secara sistematik di mana setiap caruman anda diuruskan Pentadbir Pencen Swasta (PPA) dan dibahagikan secara automatik kepada dua sub-akaun iaitu:Sub-Akaun A (70 peratus):Dikunci khas untuk persaraan sehingga umur 55 tahun.Sub-Akaun B (30 peratus):Fleksibel dan boleh dikeluarkan awal sebelum umur 55 tahun untuk tujuan khusus seperti perumahan atau kesihatan tanpa penalti, atau pengeluaran biasa dengan penalti cukai 8 peratus.