suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai gagal urus duit gaji dengan efisien, ini 4 tip mudah Gen Z kawal perbelanjaan bulanan

Ramai pekerja baharu berdepan cabaran dalam menguruskan gaji dan perbelanjaan. -Gambar hiasan AI

BAGI Generasi Z (Gen Z) yang baru mula bekerja, mengurus gaji sendiri bukanlah satu perkara mudah. 

Banyak perkara yang perlu difikirkan daripada keperluan harian hingga kehendak sendiri.

Dalam masa sama, kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan usaha menyimpan duit menjadi lebih mencabar. 

Namun, beberapa pekerja Gen Z tampil berkongsi tip yang mereka amalkan dalam mengurus kewangan.

1. Simpan dahulu sebelum mula berbelanja

Antara cara paling mudah adalah mengasingkan sejumlah wang sebaik sahaja gaji masuk.

Konsep 'pay yourself first' bermaksud duit untuk simpanan diasingkan terlebih dahulu sebelum digunakan untuk perbelanjaan lain.

Tak perlu terus menyimpan dalam jumlah besar. Jika hanya mampu mengetepikan RM20 atau RM50 sebulan, mulakan dengan jumlah tersebut.

Apabila sudah terbiasa, jumlah simpanan boleh ditambah mengikut kemampuan.

2. Tetapkan jumlah yang mampu disimpan

Ada yang turut mencadangkan supaya sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan diketepikan untuk simpanan.

Namun, Gen Z yang baru bekerja mungkin mempunyai komitmen berbeza, terutama jika perlu membayar sewa, pengangkutan, bil dan pinjaman.

Jadi, tetapkan jumlah yang benar-benar mampu disimpan setiap bulan. Lebih baik bermula dengan jumlah kecil tetapi konsisten berbanding menetapkan sasaran tinggi yang sukar dikekalkan.

Jangan terlalu mengikut orang, sebaliknya simpanlah mengikut kemampuan sendiri. -Gambar hiasan AI

3. Asingkan duit mengikut matlamat

Selain mempunyai satu akaun simpanan, cuba bahagikan duit mengikut tujuan.

Sebagai contoh, sediakan simpanan berasingan untuk dana kecemasan, percutian, kereta dan perancangan masa depan.

Apabila setiap simpanan mempunyai tujuan tertentu, lebih mudah untuk mengawal diri daripada menggunakan duit tersebut untuk membeli barang yang tidak dirancang.

4. Jangan ikut trend pelaburan secara membuta tuli

Gen Z banyak terdedah kepada kandungan berkaitan kewangan di TikTok, Instagram dan platform media sosial lain.

Namun, anda dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dan terus melabur hanya kerana ia sedang tular di media sosial.

Luangkan masa untuk memahami cara pelaburan tersebut berfungsi, termasuk risiko, caj dan potensi pulangan sebelum membuat keputusan.

Artikel Lain