PENGGUNAAN media sosial tanpa kawalan boleh membawa pelbagai kesan buruk termasuk merosakkan hubungan suami isteri.Seorang wanita mendakwa rumah tangganya berakhir dengan penceraian selepas tidak tahan dengan sikap bekas suami yang ketagih menonton siaran langsung di TikTok. Tidak hanya itu, lelaki berkenaan turut gemar memberi hadiah atau gifter kepada hos Player Knockout (PK) sehingga tergamak berlaku curang."Saya yang kenalkan dia dengan TikTok demi bisnes. Saya ajar dia buat video, affiliate dan video siaran langsung.Ada individu mudah jatuh cinta apabila melayari media sosial. -Gambar hiasan AI"Dia mula seronok tengok siaran langsung PK berjam-jam sehingga jadi pemberi hadiah tegar."Ya, sampai cerai-berai. TikTok tak salah tetapi TikTok jadi punca," luahnya.Bercerita lanjut mengenai perkara itu, wanita itu berkata, dia berjaya menangkap kecurangan suami yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit dalam satu malam hanya untuk meraih perhatian seorang hos wanita PK.Jelasnya, dia menggunakan akaun TikTok palsu untuk menonton siaran langsung sama dan kecewa apabila melihat kemesraan mereka walaupun hanya secara maya."Sakit hati apabila nampak suami kita campak-campak hadiah kepada perempuan lain! Kemudian perempuan itu pula ucap terima kasih dan minta lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Tutor kena maki ibu pelajar tengah malam, tak puas hati anak gagal Matematik SPM... Rupanya sebab sibuk main TikTok!ARTIKEL BERKAITAN: Padah bagi ‘password’ telefon, anak buat ‘live’ TikTok tunjuk wanita berbaju tidur sedang gosok pakaian - “Malunya rasa nak pengsan setahun"Kita sebagai isteri pun bukan semudah itu dapat duit suami," ujarnya kecewa.Wanita berkenaan turut menjelaskan dia tidak menyalahkan hos terbabit sepenuhnya kerana menganggap individu berkenaan hanya mencari rezeki."Tiada guna nak serang dia. Dia cari rezeki, suami kita yang tidak tahu batas," katanya.Dia mendakwa pernah memasuki siaran langsung hos berkenaan dan meninggalkan komen, selain menghubungi wanita itu menerusi mesej peribadi untuk bertanyakan mengenai hubungannya dengan bekas suaminya.Wanita mendakwa rumah tangganya berakhir selepas suami ketagih menonton Live PK.Bekas suami didakwa sanggup membelanjakan ratusan ringgit untuk gift kepada hos TikTok.Wanita itu mendakwa suaminya curang dengan salah seorang hos PK.Dia mengakui dirinya yang memperkenalkan TikTok kepada bekas suami demi urusan perniagaan.Perkongsian itu mengundang reaksi netizen yang mendakwa ramai turut berdepan masalah sama.Ringkasan ini dijana oleh AI"Pernah juga komen dia penyondol, kemain ramai penyokong pertahankan dia. Tanya kenapa sampai keluar dengan pemberi hadiah, dia cakap sebab hal kerja," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan bukan wanita itu sahaja mengalami situasi berkenaan tapi ramai lagi berdepan kehancuran rumah tangga disebabkan media sosial. "Banyak ye kes macam ini. Laki habis duit dekat hos perempuan. Entah apa faedah dari kau labur dekat perempuan tu, baik belanja bini sendiri. "Kawan saya pernah kena scam dengan seorang hos TikTok. Dia bagi duit, bagi hadiah macam-macam," komen warga maya.