suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Aduh semak la!” - Sikap ‘double-standard’ buat wanita terfikir nak ‘resign’, staf lelaki hanya layan baik pekerja cantik

Layanan berbeza atau diskriminasi di tempat kerja boleh membuatkan seseorang terkesan dari segi mental dan emosi. -Gambar hiasan AI

DISKRIMINASI di tempat kerja boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk layanan berbeza berdasarkan rupa, jantina atau tanggapan peribadi terhadap seseorang.

Apa mengecewakan, penilaian terhadap seorang pekerja bukan lagi berdasarkan prestasi dan kebolehan, sebaliknya dipengaruhi perkara yang langsung tiada kaitan, sebagaimana situasi dilalui oleh seorang wanita ini.

Menurut wanita tersebut, perkara berkenaan membuatkan dirinya hilang semangat malah terfikir untuk berhenti kerja.  

"Sepanjang dua tahun bekerja, macam-macam jenis manusia aku pernah jumpa. Tapi minggu lepas, buat pertama kalinya, aku rasa nak berhenti kerja sebab rasa tak cantik. Itu je," luahnya.

Menceritakan lebih lanjut, wanita itu berkata segala-galanya tercetus gara-gara teguran dilemparkan oleh seorang staf lelaki senior terhadapnya.

Suasana di tempat kerja yang toksik boleh mempengaruhi prestasi seseorang. -Gambar hiasan AI

"Apa yang triggered aku sebenarnya, ada satu kejadian ni. Seorang staf lelaki, lain department tapi atas daripada aku juga pangkatnya. 

"Dia cakap lebih kurang ayat macam ni, aduh semak la finance yang ini datang. Sambil jeling aku.

"Entah... cara dia itu buat aku rasa macam dia nak rendahkan aku dengan cara aku bekerja," luahnya. 

Walaupun ayat berkenaan mungkin kedengaran seperti gurauan atau teguran biasa bagi sesetengah pihak, namun bagi wanita itu, cara ia disampaikan membuatkan dia berasa dirinya dipandang rendah.

"Dua hari sebelum dia cakap ayat itu, dia ada cakap dekat aku, saya marah awak je tau, saya tak marah ***. Waktu itu aku dengan salah seorang officemate. Officemate aku ini memang cantik orangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlupa lap satu tingkap, pekerja F&B dibuang tanpa notis! Terkejut dapat mesej wakil bos - “Aku rasa kau tak sesuai kerja sini”

ARTIKEL BERKAITAN: Belum sempat masuk bilik temu duga, calon kena ‘reject’ sebab asal Kelantan... Bakal bos terjerit-jerit marah ejen cari kerja!

"Jadi aku tak tahu kenapa, tapi benda itu adakala buat aku terfikir. Kenapa aku rasa macam bila dengan perempuan tertentu especially yang cantik, tone dia lain?" kongsinya lagi. 

Tambah wanita berkenaan lagi, dia tidak bermaksud mahu mendapatkan perhatian lelaki atau berusaha untuk kelihatan cantik demi orang lain. 

Sebaliknya, perkara yang benar-benar mengganggunya adalah apabila rupa seolah-olah dijadikan ukuran terhadap kemampuan seseorang wanita di tempat kerja.

"Aku boleh terima kalau orang tegur kerja aku. Kalau aku salah, cakap aku salah. Aku boleh improve. 

"Tapi jangan buat aku rasa macam kebolehan aku kurang hanya sebab rupa aku. Sebab aku tahu aku boleh buat kerja. Sejujurnya benda ini buat aku rasa kecil.

  • Seorang wanita mengaku terfikir mahu berhenti kerja selepas didiskriminasi staf lelaki senior gara-gara kurang menarik.

  • Ujarnya, layanan staf lelaki itu berbeza terhadap wanita yang lebih cantik.

  • Wanita itu berkata dia boleh terima teguran tentang kerja, tetapi bukan apabila rupa dikaitkan dengan kebolehannya.

  • Dia berpendapat wanita tak sepatutnya perlu cantik untuk dihormati dan menerima layanan baik.

  • Ramai netizen menyokong luahannya dan mengakui pernah mengalami diskriminasi berdasarkan rupa.

"Sebab aku rasa perempuan tak sepatutnya kena cantik dulu baru orang nak hormat kebolehan dia," akhirnya.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong pandangan yang disuarakan malah mengakui pernah mengalami situasi sama sepertinya hanya disebabkan penampilan dan rupa kurang menarik.

"Tak berbaloi berhenti kerja sebab ini... Latih mental awak untuk kuat hadap benda-benda macam ni. Sekarang susah nak cari kerja.

"Inilah namanya beauty priviledge. Benda ini jadi dekat mana-mana ceruk dunia.

"Balas je balik, aku pun semak... tak ada ke lelaki handsome dekat sini," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain