suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami minta kahwin lain, bagi alasan ‘aset’ isteri makin kecil lepas kurus... Wanita terfikir cerai tapi fikir nasib anak

Tiada isteri yang bersedia menerima hakikat untuk berkongi kasih sayang suaminya dengan wanita lain. -Gambar hiasan AI

PERTAMBAHAN berat badan terutamanya selepas bersalin sering menjadi masalah dan kebimbangan kaum wanita.

Ada di antara mereka risau suami akan hilang selera dengan keadaan fizikal mereka dan menjadikan ia alasan mencari wanita lain.

Namun lain pula bagi wanita ini, kejayaan menguruskan badan selepas bersalin bukan sahaja mendapat kritikan suami tetapi menjadikan ia sebagai alasan untuk berkahwin dua.

"Sejak suami cakap nak kahwin lain, saya rasa macam hilang diri sendiri. Saya berhenti berlari, dah tak pergi gim.

Pertelingkahan antara suami isteri mampu memberi kesan kepada emosi anak-anak. -Gambar hiasan AI

"Saya pergi gim pun sebab nak kuruskan badan. Suami complaint saya gemuk tapi akhirnya bila dah kurus, payudara saya jadi kecil.

"Suami jadikan itu alasan untuk tidak tertarik dekat saya lagi. Nak kurus, saya dah kurus. Tapi bila dah kurus, payudara jadi kecil, dia salahkan saya," luahnya.

Disebabkan tertekan, wanita itu memberitahu berat badannya juga kembali meningkat secara mendadak.

"Saya rindu nak berlari, nak pergi gim. Sekarang berat bertambah tiga kilogram sejak saya tahu suami ada skandal," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulut lancang suami buat isteri sakit hati! Usaha masak sedap dapat komen ‘pedas’, siap pakej muka rengsa

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik kritik kerja isteri, lelaki serba ‘sempurna’ terima padah lepas pasangan masuk wad! Anak-anak tak terurus, baju busuk biar berlonggok

Sementara itu, wanita tersebut mengakui terfikir untuk mengakhiri perkahwinan mereka kerana tidak sanggup hidup bermadu.

Tidak hanya itu, dia merasakan suaminya tidak berkemampuan untuk menanggung dua orang isteri dan lebih rela mengundurkan diri.

"Saya memang ada niat nak bercerai sebab tak sanggup nak bermadu, tak sanggup sebab tahu suami tak mampu. Gaji dia kurang banyak daripada gaji saya.

"Tapi sebab fikirkan anak-anak masih kecil lagi, saya tak nak anak-anak hilang ayah mereka.

  • Seorang wanita kecewa suaminya mengkritik perubahan fizikalnya selepas hamil dan menyusukan anak.

  • Suaminya mendakwa sudah tidak tertarik dan menjadikan perubahan itu sebagai alasan untuk berkahwin lain.

  • Dia mengakui hilang semangat untuk bersenam selepas mengetahui suaminya mempunyai kekasih lain.

  • Dia turut terfikir untuk bercerai namun memikirkan anak-anak mereka yang masih kecil.

  • Netizen yang mengecam tindakan suaminya dan meminta wanita itu tidak menyalahkan diri atas perubahan tubuh.

"Mak ayah saya suruh sabar sebab anak-anak masih kecil tapi sampai bila saya boleh tahan sebab suami terang-terang masih contact dengan perempuan itu," luahnya lagi. 

Perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen, dengan rata-ratanya mengecam suami wanita berkenaan kerana menjadikan perubahan fizikal isterinya sebagai alasan untuk mencari wanita lain.

Ada dalam kalangan warga maya yang berpendapat wanita itu tidak sepatutnya menyalahkan diri sendiri atas perubahan tubuh selepas melalui kehamilan dan penyusuan.

"Rasanya itu sekadar alasan untuk menutup kecurangannya. Lebih baik puan undur diri sahaja dan 'lari' daripada lelaki tak berguna seperti itu," antara komen warga maya.

Artikel Lain