suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jangan kacau baby tengah tidur!” – Wanita bengang saudara suami kejut anak tanpa izin, jenuh hadap si kecil meragam hingga awal pagi

Waktu tidur cukup penting bagi bayi kerana ia membantu mereka kekal tenang dan selesa sepanjang hari. -Gambar hiasan AI

MELIHAT bayi yang sedang lena mungkin membuatkan sesetengah orang geram untuk mengusik atau mendukungnya.

Namun bagi ibu bapa, waktu tidur bayi bukan sesuatu yang boleh diganggu sesuka hati, lebih-lebih lagi apabila si kecil sudah selesa dan lena.

Situasi itu turut dialami seorang wanita yang terkilan apabila ahli keluarga suaminya mengejutkan bayi mereka sehingga si kecil tersebut meragam untuk tempoh lama.  

“Hari ini pergi rumah sepupu suami, bawa baby. Anak elok tengah tidur dari kami sampai. Kami baringkan dekat ruang tamu rumah sebab nak makan.

Gangguan ketika sedang tidur boleh menyebabkan bayi terjaga dan mengambil masa untuk kembali tidur dengan lena. -Gambar hiasan AI

“Tiba-tiba isteri kepada sepupu suami datang. Dia macam paksa anak kita bangun, kejut siap angkat dukung anak kita... alasan dia bagi malam-malam senang tidur,” kongsinya.

Apa lebih membuatkan dia terkilan, bayi mereka kemudiannya menangis dengan teruk sehingga hampir pukul 2 pagi.

“Anak kami menangis teruk sampai batuk. Rasanya sebab overstimulated.

ARTIKEL BERKAITAN: Ipar campur tangan soal nama anak, wanita terkilan suami ikut sahaja cakap kakak - “Kita yang mengandung 9 bulan”

ARTIKEL BERKAITAN: Tawar kakak ipar jadi ibu susuan, abang minta 'lebih' nak jadikan anak angkat! Wanita risau hilang hak ke atas bayi dilahirkan luar nikah

“Sumpah nak nangis. Tadi nak tegur, tapi kita jenis tak berani sebab baru masuk keluarga suami tak sampai setahun,” luahnya dalam hantaran di Threads. 

Menurut wanita itu, suaminya juga tidak sampai hati menegur isteri sepupunya itu kerana tidak mahu mereka tersinggung disebabkan pasangan berkenaan masih belum mempunyai anak.

Sekadar berkongsi cerita, wanita berkenaan berharap agar orang sekeliling mempunyai common sense dan tidak sewenang-wenangnya mengganggu bayi yang sedang tidur.

  • Seorang wanita terkilan apabila bayi mereka dikejutkan dan didukung ketika sedang tidur oleh saudara suaminya.

  • Katanya, bayi itu kemudian menangis teruk hingga hampir pukul 2 pagi.

  • Wanita itu mengakui tidak berani menegur kerana masih baharu dalam keluarga suaminya.

  • Suaminya juga tidak sampai hati menegur wanita tersebut kerana kasihan memandangkan dia belum mempunyai anak.

  • Warga maya berpendapat ibu bapa tak perlu segan menegur jika ada yang melakukan sesuatu yang menjejaskan anak.

“Stres tau sebab bukan semua orang faham. Jangan kacau bayi tengah tidur,” katanya.

Di ruangan komen, warga maya tampil dengan pelbagai reaksi dan pandangan, malah mereka turut berkongsi situasi sama.

Bagi mereka, ibu bapa lebih mengetahui rutin serta keperluan anak masing-masing, justeru orang lain perlu menghormati cara berkenaan. 

Malah, sesetengah warganet turut menasihatkan agar ibu bapa tidak terlalu segan untuk menegur sekiranya tindakan seseorang boleh menjejaskan keadaan anak mereka.

Artikel Lain