suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Aku takkan maafkan!” - Suami keluar suluk 20 hari ketika isteri tunggu masa nak bersalin, siap tinggal telefon di rumah

Seorang isteri pastinya memerlukan kehadiran suami lebih-lebih lagi ketika sarat hamil. -Gambar hiasan AI

MENANTI detik kelahiran cahaya mata sepatutnya menjadi fasa yang dilalui bersama pasangan, apatah lagi apabila tarikh bersalin semakin hampir.

Namun, seorang wanita berdepan situasi berbeza apabila suaminya memilih untuk keluar bersuluk ketika dia memerlukan sokongan di sisi untuk melahirkan zuriat mereka. 

“Bersalin due date 5 September. Kena tinggal dengan suami nak pergi suluk. Dia kata reda Allah. Habis reda isteri?

Tanggungjawab menguruskan anak bukan terletak di bahu isteri seorang, sebaliknya suami juga perlu bersama-sama memainkan peranan. -Gambar hiasan AI

“20 hari kena tinggal hujung-hujung nak bersalin. Dahlah telefon bimbit tak bawa,” luahnya.

Bersuluk adalah amalan mengasingkan diri daripada kesibukan dunia untuk berzikir, bertaubat, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dalam tempoh masa tertentu.

Lebih membimbangkan, wanita itu berkata dia perlu mendapatkan pemeriksaan di Pusat Penilaian Kehamilan (PAC) kerana masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk bersalin biar pun tarikh jangkaan sudah terlalu hampir.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tabligh berubah watak waktu malam, ketagih video lucah! Isteri buntu, mengadu nafkah keluarga selalu terabai

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri makan hati, suami nak ikut tabligh tak tinggal nafkah malah paksa gadai emas... kalau bersuara dilabel ‘tak sanggup berkorban ke jalan Allah’

“Hari ini kena pergi PAC. Kena paksa bersalin kalau tak ada tanda.

“Suami balik 5 September. Aku takkan maafkan,” katanya dalam luahan yang dikongsikan di Threads.

Perkongsian itu mengundang perhatian warga maya yang memahami perasaan wanita berkenaan terutama ketika dia berada di penghujung kehamilan dan memerlukan sokongan suami. 

  • Seorang wanita kecewa apabila suaminya meninggalkannya selama 20 hari untuk bersuluk ketika hampir bersalin.

  • Tarikh jangkaan bersalin wanita itu adalah pada 5 September.

  • Dia juga perlu menjalani pemeriksaan di PAC kerana masih belum menunjukkan tanda-tanda bersalin.

  • Suaminya tidak membawa telefon bimbit dan dijangka pulang pada tarikh dia bersalin.

  • Netizen berpendapat suami sepatutnya mengutamakan keperluan dan keselamatan isteri yang hampir melahirkan anak.

Rata-ratanya berpandangan seorang suami seharusnya mengutamakan keperluan dan keselamatan isteri, lebih-lebih lagi pelbagai kemungkinan boleh terjadi sewaktu proses kelahiran. 

“Bila salah pilih pasangan begini la, lagi-lagi kalau pilih yang bodoh, tak ada common sense.

“Jaga bini bersalin dapat reda Allah depan mata, nak juga pergi jauh-jauh,” demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain