TANPA sebarang perancangan, pelakon Shaheizy Sam memberitahu idea untuk membelanja 100 potong piza sempena meraikan kejayaan di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 muncul secara spontan ketika dia naik ke atas pentas mengambil trofi kemenangan kategori Pelakon Lelaki Terbaik.Lebih istimewa lagi, kata Sam atau Shaheizy Sam Abdul Samad, 44, dia sendiri turut hadir bersama pelanggan sebagai tanda penghargaan atas kemenangan pada malam Sabtu. "Tiba-tiba sahaja terlintas dalam kepala. Jadi saya panggillah sesiapa sahaja yang nak datang. Mungkin saya akan letak 100 piza dan sesiapa sahaja boleh ambil.Sam mahu raikan kemenangan bersama peminat. "Saya sendiri akan berada di situ sebab memang setiap hari akan ke sana," katanya.Sam memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya sebagai seorang bapa orang kurang upaya (OKU) dalam filem Badak.Sanggup mengubah penampilan demi watak tersebut, kata pelakon ini, dia tidak mungkin mengulangi proses sama kerana merasakan berat badan yang mencecah hampir 100 kilogram adalah satu fasa tidak sihat.ARTIKEL BERKAITAN: Menang FFM35, Shaheizy Sam belanja pizza esok... Aida Amron dinobat Pelakon Wanita Terbaik ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam enggan berharap menang FFM35, terpulang selera juri - “Belum tahu siapa dapat“"Proses menjayakan watak ini buat saya sedar, tak boleh nak ke arah itu lagi terutama dari segi fizikal sebab saya rasa sangat tidak sihat ketika itu. Berat badan naik hampir 30kg sehingga mencecah 100kg."Saya tak boleh kembali menjadi Shaheizy Sam ketika itu," ujarnya.Kemenangan tersebut menyaksikan Sam menewaskan empat calon lain iaitu Idan Aedan (Abah Saya Uncle Mike), Datuk Eman Manan (3 Hajat), Beto Kusyairy (Gayong 2) dan Ameerul Affendi (Libang Libu).Watak Badak memberi impak besar buat Sam. Ini merupakan kemenangan keempat buat Sam di FFM selepas dua kali membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM29 menerusi lakonannya dalam filem Interchange dan di FFM23 (Evolusi KL Drift 2).Sementara itu, dalam FFM24, Sam menang bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Kongsi."Syukur dan terima kasih kerana ini pengiktirafan keempat saya daripada FFM. Terima kasih kepada juri yang rasa saya layak untuk anugerah ini," luahnya.TONTON VIDEO PILIHAN!