suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

A Galak seronok galas Mat Kilau, masih mampu bersilat pada usia 85 tahun

A Galak bakal bawa watak utama dalam Sumpah Mat Kilau.

MASIH aktif menerima tawaran lakonan walaupun sudah mencecah usia 85 tahun, pelakon veteran A Galak bakal muncul dalam filem terbaharu Sumpah Keramat Mat Kilau yang dijadualkan menemui penonton 3 Disember depan.

A Galak atau nama sebenarnya Zakariah Ahmad berkata, dia berasa gembira apabila masih ada pihak yang mempercayai kemampuannya untuk terus berlakon meskipun sudah berada pada usia emas.

"Bukan hero, dalam filem itu saya bawa watak Mat Kilau yang sudah berusia. Bahagian Mat Kilau masih muda itu dilakonkan oleh pelakon lain.

A Galak masih lagi aktif berlakon.

"Penggambaran sudah selesai dan sekarang hanya menunggu filem itu ditayangkan pada bulan depan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengarah merangkap penerbit filem itu, Zoolfikar Ali Esa kerana percaya pada saya," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi lanjut, A Galak berkata, minat mendalam terhadap karya berunsurkan sejarah mendorongnya menerima tawaran membintangi filem berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: A. Galak cerita permulaan karier di Studio Jalan Ampas, rupanya pernah bekerja sebagai pembantu jurusolek

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Mungkin Sudah Tidak Relevan" - A Galak

Bagaimanapun, dia mengakui tidak menerima semua tawaran sebaliknya akan meneliti kesesuaian watak terlebih dahulu sebelum bersetuju.

"Saya memang meminati cerita-cerita sejarah. Selain itu, sebagai pelakon, jika ada pihak menghubungi saya untuk berlakon, saya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu berdasarkan watak yang ditawarkan.

"Kalau watak yang tidak sesuai seperti adegan merogol atau perkara tidak baik, saya tidak mahu menerimanya. Saya lebih selesa membawa watak yang baik-baik dan bersih," ujarnya.

Antara babak yang dilakonkan A Galak.

Mengulas cabaran sepanjang penggambaran, A Galak berkata, terdapat beberapa babak pertarungan dan persilatan yang memerlukan dia melakukan sendiri aksi berkenaan.

Namun, dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu kesukaran memandangkan sudah mempunyai asas dalam seni mempertahankan diri tersebut.

A Galak masih mampu bawa watak aksi.

"Ada juga cabarannya kerana terdapat babak pertarungan dan persilatan. Namun, nasib baik saya memang mempunyai asas dalam seni silat, jadi tidaklah terlalu sukar.

"Cuma cabarannya lebih kepada faktor stamina. Bagaimanapun, penggambaran tidak dilakukan secara berterusan kerana setiap babak dirakam secara berperingkat. Jadi, saya masih mampu melakukannya," kongsinya.

Artikel Lain