suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rancangan bulan madu di Jepun musnah, mentua ‘sailang’ ajak ke Vietnam... Sibuk nak beli kain buat baju raya!

Sokongan dan sikap timbang rasa seorang suami amat penting dalam menjaga perasaan isteri. -Gambar hiasan AI

MERANCANG percutian berdua bersama pasangan kadangkala mengambil masa berbulan-bulan untuk direalisasikan.

Namun apabila peluang itu tiba, pelbagai halangan tetap boleh berlaku termasuklah risiko rancangan dibatalkan pada saat-saat akhir.

Situasi sedemikian pastinya menggores perasaan sesiapa sahaja, apatah lagi  jika pembatalan itu berpunca daripada sikap ahli keluarga yang tidak bertimbang rasa.

Demikian situasi dialami seorang wanita apabila hasrat untuk bercuti di Jepun bersama suami tidak kesampaian selepas ibu bapa mentuanya tiba-tiba mengajak mereka ke Ho Chi Minh, Vietnam, semata-mata untuk membeli kain untuk dijadikan baju raya.

Pasangan suami isteri pasti akan mempunyai tabung percutian bagi memudahkan perancangan bercuti direalisasikan. -Gambar hiasan AI

Pasangan suami isteri pasti akan mempunyai tabung percutian bagi memudahkan perancangan bercuti direalisasikan. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita berkenaan, perancangan ke Jepun itu sebenarnya bertujuan untuk menikmati masa bersama memandangkan mereka belum dikurniakan cahaya mata sepanjang empat tahun mendirikan rumah tangga.

"Aku masih terasa dengan suami, bukan main lama nak tunggu dia dapat kelulusan cuti tahunan sebab dah rancang nak bulan madu di Jepun.

"Apabila cuti diluluskan, tapi akhirnya tak jadi sebab keluarga mentua ajak pergi Ho Chi Minh untuk beli-belah sempena raya," luahnya di Threads.

Lebih menggores hati apabila duit tabung yang disimpan untuk menikmati percutian di Jepun digunakan sepanjang perjalanan di ibu negara Vietnam itu.

  • Isteri kecewa bulan madu di Jepun batal.
  • Mentua ajak beli kain baju raya di Vietnam.
  • Duit tabung ke Jepun digunakan untuk trip itu.
  • Isteri kena jaga anak buah sepanjang trip.
  • Netizen nasihat isteri berterus terang dengan suami.

Meskipun menyertai rombongan berkenaan, pengadu mengakui dia langsung tidak menikmati percutian tersebut kerana terpaksa menggalas tugas menjaga anak saudara berikutan ibu bapa kanak-kanak itu tidak turut serta.

"Baru je balik dan sejujurnya aku tak enjoy dengan trip ni sebab asyik kena jaga anak saudara," adunya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktiviti hias rumah baharu terganggu, mak mentua pun teringin cantikkan kediaman! Menantu geram suami jadi ‘mangsa’

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak-anak sekarang bodoh” - Gadis terduduk baca status WhatsApp bakal ibu mentua, rancangan tunang tahun depan terus goyang!

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya menasihati wanita berkenaan supaya berterus terang dengan suaminya demi keharmonian rumah tangga.

"Perkahwinan perlukan komunikasi, kalau gagal memang akan jadi beban emosi.

"Dah alang-alang mak mentua yang ajak, sepatutnya dia yang bayar. Kenapa usik tabung anak?

"Boleh hilang sabar dapat suami yang langsung tak bertegas pertahankan perancangan keluarga sendiri," tulis netizen.

Artikel Lain