Persefahaman antara pasangan adalah kunci utama supaya proses merancang majlis perkahwinan berjalan lancar. -Gambar hiasan AI
ISU kos perkahwinan sering menjadi perkara utama yang dibincangkan bakal pengantin, termasuklah soal perbelanjaan untuk merakamkan detik bahagia pada hari persandingan.Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila bakal suaminya membuat keputusan untuk tidak menggunakan khidmat juruvideo atau videographer bagi merakam detik istimewa majlis perkahwinan mereka. Menerusi luahan di media sosial, wanita itu mendakwa bakal suaminya menolak cadangan berkenaan kerana menganggap bayaran untuk perkhidmatan tersebut dikatakan agak tinggi.Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan majlis perkahwinan berjalan lancar dan sempurna seperti yang dirancang. -Gambar hiasan AI"Macam mana perasaan anda semua apabila bakal suami membuat keputusan untuk tidak mengupah videographer kerana tidak cukup duit? "Sedangkan majlis perkahwinan tinggal tiga hari sahaja lagi. Bakal suami buat keputusan untuk tolak videographer," cerita wanita itu dalam hantaran di media sosial.Lebih mengecewakan, lelaki berkenaan dikatakan sanggup menggunakan khidmat abang iparnya untuk merakam dan menyunting video perkahwinan mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Bermula sebagai ‘bidan terjun’, kini videographer manis berbaju kurung sedia ambil job seluruh Malaysia... ada bakat menjahit juga!ARTIKEL BERKAITAN: Juruvideo rakam detik sayu PKP... masjid kosong waktu solat Jumaat, hanya gema laungan azan - “Bukan edit, tiba-tiba banyak burung gagak”"Saya rasa sangat down la sekarang ni. Bakal suami boleh nak minta tolong abang ipar dia rakamkan momen dalam majlis."Masalahnya sekarang ni, kualiti video yang abang ipar hasilkan tak akan sama dengan juruvideo yang kita upah."Lagipun, bakal suami tahu kami memang nak jadikan detik akad nikah sebagai kenangan, tapi bukannya ada videographer profesional," jelasnya lagi.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berpendapat khidmat juruvideo bukanlah satu keperluan wajib dalam sesebuah majlis perkahwinan.Bakal suami enggan mengupah juruvideo profesional kerana menganggap kos terlalu mahal.Majlis perkahwinan hanya tinggal tiga hari apabila wanita itu berdepan masalah berkenaan.Abang ipar bakal suami dicadangkan untuk merakam dan menyunting video perkahwinan.Wanita itu kecewa kerana bimbang kualiti rakaman tidak setanding juruvideo profesional.Netizen berpendapat khidmat juruvideo bukan keperluan wajib dan wanita itu boleh membayar sendiri jika mahu.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah, ada yang berpendapat wanita itu sepatutnya menanggung sendiri kos berkenaan sekiranya menganggap rakaman profesional penting untuk mengabadikan kenangan hari bahagianya."Videographer itu bukan syarat sah nikah pun. Itu kehendak, kan? Kalau awak nak, awaklah kena keluar modal."Ingatlah, video cantik-cantik tidak ada gunanya kalau hari esoknya tiada duit dan bukan jaminan untuk hidup bahagia. Kalau hal ini tak boleh capai kata sepakat, bagaimana pula nak buat keputusan perkara lain."Adik, keluarlah modal sendiri. Bukan banyak pun, RM7,000 sahaja. Awak upah yang profesional. Sudah tentu hari-hari awak akan tengok gambar perkahwinan itu," komen beberapa netizen memberi cadangan kepada pengadu.